was posted at 01:03
0 COMMENTS
Pada suatu hari di sekolah , seorang murid bertanya kepada gurunya . Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang .
PELAJAR : "Cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ? "
CIKGU : "Okay , kamu ikut apa yang saya suruh . Kamu pergi ke padang , kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu . Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali . Dan petik rumput yang PALING cantik , bawa ke kelas . "
PELAJAR : "Tadi masa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik . Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik . Maka saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi . tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik . Mungkin ada diantara yang belakang tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik . "
CIKGU : " Ya , itulah jawapannya . Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang , janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu . Kita patot hargai orang yang berada didepan kita dengan sebaik-baiknya . Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang dah berlaku tetap berlaku . Semoga yang berlalu tidak berulang lagi . Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.......
p/s : hargailah orang yang menyayangi kita selagi cinta itu masih untuk kita , jangan tercari bila mana hatinya sudah terluka ~