was posted at 00:01
0 COMMENTS
Pertama kali kita jumpa
waktu orientasi dalam group yang sama
waktu itu aku rasa biasa
kita sekadar berbalas senyuman tatkala
berselisihan dipersimpangan jalan
sebulan kemudian kita berbaris sebelah menyebelah
dan kau tiba tiba menyapa aku
kita berbual seperti sudah lama kenal lagaknya
pulang bersama jalan berdua
dan selepas itu menyepi semula
aku cuba cari kau
tapi aku tak jumpa
dan kemudian aku cuma mampu menyerah
ketika tahu yang engkau juga mencari aku
bermacam rasa yang datang menyinggah
terima kasih
kerana untuk pertama kalinya
setelah sekian lama
setelah sekian lama
aku rasa cukup terharu
kerana masih ada yang sudi mencariku
membaca setiap butir tulisan aku didalam ini
menatap potret potret yang bersamanya aku titipkan kata hatiku
terima kasih ,
aku cukup terharu :)