Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 19:57 0 COMMENTS
Assalamualaikum :)
Harini saya nak kongsikan sesuatu dengan semua . Lihat tajuk diatas , 'ujian Allah',ya setiap manusia tidak lepas dari ujian yang Allah berikan . Bukankah Allah telah berkata dengan jelas didalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan . Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu keatas diri kita . nampak kan betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya . Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah bersabar dalam menghadapi ujianNya . Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya .


Ujian yang sebenar adalah cetusan yang lahir dalam hati ketika menerima kedatangan benda-benda alam,kejadian ataupun peristiwa . Misalnya , kematian orang yang dikasihi  dialami oleh semua orang tetapi reaksi masing-masing tidak sama . Ada orang yang menangis , meraung , ketika menghadapi kematian orang yang dikasihi itu . Ada pula yang menerimanya dengan tenang . Kejadian yang dihadapi adalah sama tetapi kesannya pada hati tidak sama ;) Orang yang menangis dan meraung merasakan dia menghadapi ujian yang sangat hebat . Orang yang bertenang tidak merasakan sebarang ujian , malah dia menganggap apa yang berlaku sebagai takdir Allah . Apa yang mesti berlaku apabila berlaku tidak dianggapnya sebagai ujian . Semuanya adalah takdir .


Pernah dulu suatu ketika , keluarga saya diuji . kami bukanlah keluarga yang berada , sederhana cuma . Ketika itu bonda saya disahkan menghidapi penyakit kanser . Saya dan kakak pula berada di asrama . Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasakan ketika itu . Pernah kadang-kadang saya rasa tidak mahu pulang kerumah kerana tak sanggup melihat kesakitan bonda dan keletihan ayahanda apabila pulang dari kerja . Bonda berdegil tidak mahu berubat di hospital , kami tidak mampu berkata apa-apa . Mujur ayahanda saya mencari alternatif lain iaitu dengan mencuba ubat tradisional . alhamdulillah , beberapa tahun bonda minum ubat tersebut , kanser itu lama kelamaan semakin sembuh . Terima kasih Ya Allah :') Saya tak mampu membayangkan hidup keluarga kami tanpa bonda . Bonda dan ayahanda lah insan terhebat yang pernah saya jumpa dalam hidup ini :) Dulu , kami sekeluarga hidup sederhana saja , tidak meminta yang lebih-lebih . Jika mahukan sesuatu , kami adik-beradik akan berusaha mengumpul duit dan membelinya menggunakan duit sendiri . Berkat sabar , dan rezeki yang Allah berikan , sekarang kami boleh tersenyum dan hidup bahagia walaupun tidak semewah mereka yang lain . sekurang-kurangnya dapat la kami duduk dirumah yang besar sedikit . Tapi itupun ada yang mengata , katanya ayahanda tambah rumah sebab anaknya nak kahwin ! :O anaknya kami lah kan??apa lawaknya makcik , akak saya tu baru je kerja , saya pun baru sem 1 kat UTM ni . Tunggu nak kahwin la baru boleh renovate rumah ye ? Nonsense-.-



Tengok , aturan Allah itu indahkan ? Dia beri kita kesenangan setelah ujian yang Dia hadirkan :) Mengapa kita sebagai manusia masih mengeluh ?? Muhasabah semula diri ye :) nak cerita tentang kisah lobak & cokelat yang Incik boipreng ceritakan ketika saya tengah stress , next entry ok ? hehe 

Akhir kata ;
"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT , airnya cantik membiru dengan penuh ketenangan . Tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia di dalamnya . Begitu juga dengan kehidupan manusia , riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya . Jika rasa kecewa , alihkan pandanganmu kearah SUNGAI , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya . Dan jika rasa sedih , alihkan pandanganmu kearah LANGIT , sedarlah dan sentiasa ingat bahawa Allah sentasa bersamamu ."












POWERED BY DYANA KASEHAROM