was posted at 15:40
0 COMMENTS
Assalamualaikum :)
Hye semua :) now , tengah tunggu abah datang amik , haih pukul berapa tah datangnya . kata pagi tapi tak datang-datang pun . taknak amik aku ke ? :( ni yang sedih ni . kat kolej ni dah la tak ada orang , majoriti dah balik tu yang sunyi sepi je -_- harini nak cerita pasal hari semalam , tarikh 20 oktober yang sangat bermakna dalam hidup aku . tarikh apa tu ? okay lets check it out ! :D
----------------------------------------------------------------------------------------------------------Tanggal 20 oktober 1994 , tepat jam 5.28 petang lahirlah seorang puteri dari rahim bonda tercinta selepas beberapa ketika mengerang kesakitan . Lantas iqamat dilaungkan di telinga si puteri . Tergambar keceriaan di wajah kedua bonda dan ayahanda saat menatap puteri kedua mereka . Noor Diyana , nama diberi seindah maknanya 'cahaya agama' , semoga cahaya islam sentiasa mekar dalam diri ini . Semakin hari si puteri semakin besar , dan menjadi seorang anak gadis yang comel . hihi * kay tu perasan* haha Dari taktahu apa-apa , belajar sedikit demi sikit . sampai jadi pandai macam sekarang . haha *perasan again* Dari taktahu nak sebut apa-apa perkataan , akhirnya jadi mulut becok macam sekarang . haha Thanks alot mom and dad , tanpa anda siapalah saya :) dear mom and dad ,( tapi tahu mak dan abah takkan baca hehe), i can imagine to have a parents other than both of you :') Syukr ala Allah . He choose me to be one of yours . They'll be no one who can took care of 4 daughters as wonderful as both of you . You do what any parents do and i realised how enormous your effort are . I love you mom and dad with all of my heart and its not just about today but everytime i breath . Because , of every single day that i'm living , i owe youu :')
:: dua insan kesayangan ::
terima kasih mak , kerana melahirkan yana . tak terbalas jasa mak tu :') mak didik yana , besarkan yana , bagi makan semua . abah pun , terima kasih untuk semuanya . susah payah kerja carik duit untuk lengkapkan hidup kita , bagi yana duit belanja . Abah sanggup naik motor jauh-jauh dari ulu yam ke KL setiap hari semata-mata nak beri kita sekeluarga makan . yana akan ingat semua tu . yana janji yana akan belajar pandai-pandai sampai dapat degree , dapat master , yana dapat kerja bagus-bagus , yana nak jaga mak dengan abah . time tu abah dengan mak takpayah buat kerja pape dah :) yana mintak maaf , kalau sepanjang 18 tahun yana hidup ni , yana tak banyak luangkan masa dengan keluarga , yelah dari form yana dah duduk hostel jauh dari semua . masa awal form4 yana pepandai tukar sekolah , sebab nak duduk rumah taknak duduk jauh . masa tu mak cakap 'dah 3 tahun duduk jauh , biarla kali ni duduk dengan mak.' Sekali bulan 2 dapat sekolah dekat Pahang lagi la jauhnya . sedih sangat masa tu tapi demi untuk berjaya , kena berkorban . sekarang dapat sambung belajar kat u kat Kl je , lega sikit sebab dekat je , senang nak balik , abah pun kerja kat sini . Mak,abah .. yana mintak maaf kalau sepanjang 18 tahun yana hidup ni , yana banyak buat salah , ye yana tahu yana degil , selalu bangun lambat , malas tolong mak , selalu marah adik-adik tapi dalam hati yana , yana sayang semua . sayang sangat-sangat . kalau suatu hari nanti Allah nak ambil nyawa salah seorang dari kita , biarlah Allah ambil nyawa yana dulu , sebab yana tak tahu camna nak hadapi kehilangan orang-orang yang yana sayang~
:: raya with atuk and opah , yang kecik tu adik sepupu ::
Lastly happy birthday to me :)
Hope aku dapat hidup bahagia , berjaya selamanya . Thanks pada semua yang wish di Facebook mahupun twitter :) thanks okay ? really appreciate it^^