was posted at 05:48
0 COMMENTS
Assalamualaikum :)
hey hey hey ! yana kembali . kekeke ingat ni rancangan tb ke ? :p mesti macam pelik kan kenapa tajuk entry di atas begitu , siapa Huwaida ? siapa kucing ? cisss kalau huwaida korang tak kenal takpe , tapi kalau kucing korang tak kenal tu melampau k -.-
:: ya ! inilah Huwaida yang dimaksudkan ::
see ! see ! see! nampak macam tak matang kan ? kahkah jangan pandang pada luaran kay . Huwaida ni one of my bestfriends . tapi now dah jarang jumpa sebab masing-masing busy belajarkan . eh now Huwaida tengah buat IB dekat Kolej Mara Banting , pergi UK wuuuu nampak ? kan dah kata jangan pandang pada luaran sahaja^^hebat tak hebat dia ni walaupun perangai mengalahkan budak 12 tahun . hihi sorry waida :D
---------------------------------------------------------------------------------------
Ceritanya macam ni , waktu kitorang kat sekolah dulu , ala SHAH Pekan tu ,tahu ? mesti tak kan ? haha tak femess pun takpe , dimaafkan kalau tak kenal . Dekat hostel dulu belambak kucing , lagi-lagi dekat Dewan Makan nuhhh . haih aku dahla lemah bab-bab kucing ni . Bukan takut cuma geli je , kekeke tapi dengan anak kucing aku boleh lah lagi nak main-main . tapi kucing yang comel je la . hihi memilih gila pompan ni . Kucing yang dekat Dewan Makan ni dahlah jenis yang degil , kecik-kecik dulu tak pergi sekolah kot . Haih hangeeen je aku . Bila time makan suka nak naik meja kitorang . ciss nak mintak simpati la tu -.- aku bukannya taknak bagi tapi nanti lagi bagi lagi dia mangadaaa . tunggu habis makan la baru bagi kan ? takla bagi tulang , kadang-kadang tu baik hati sikit save daging ayam or ikan tu ,kat luar nak letak pinggan baru bagi . nampak tak kat situ aku jenis yang penyayang la jugak ? hihihi pastu bila bagi makanan kat kucing tu mesti kitorang cakap macam ni ,'kucing-kucing , nanti doakan kitorang dapat 10a SPM tau'. bila pikir-pikir balik kelakar pulak lagi-lagi bila ingat nada Huwaida yang cakap . haha
:: hanya gambar hiasan :) ::
kay kay dipendekkan cerita , dekat hostel ni ada la 3 ekor anak kucing , adik-beradik mungkin . asyik mengiau siang malam sebab mak dia takde , taktau pergi mana . cisss tahu beranak saja ! -.- mungkin anak-anak kucing ni lapar susu , yela dorang baby lagi , kecik sangat rasa nak picit-picit je . kekeke Satu hari ni aku dengan waida nampak salah seekor anak kucing ni terbaring tepi longkang , nazak benorr rupa dia . Waida pun angkatla kucing ni , kitorang pergi bilik warden , tu je alternatif yang ada . ketuk pintu cikgu , bagi salam , tak lama lepastu cikgu pun keluar . Waida:'Cikgu , sori ganggu , cikgu ada tak apa-apa nak bagi kucing ni makan . nak mati dah ni cikgu .' Yang Teacher Maz ni memang suka kucing , dia pun ambiklah susu dutch ludy bagi kucing ni minum . Kucing ni pulak macam mangada je taknak minum . nak manja-manja lettewww . haha kitorang paksa-paksa gak lepastu dia macam ok sikit Waida bawak naik dorm . ciss nak tidur dengan kucing sekali rupanya -.- Lepastu pepagi bangun tengok kucing dah hilang . tapi kitorang tak sempatla pulak nak carik sebab kena pergi sekolah .
Then ......................masa pun berlalu sehingga petang . macam mana tah ada orang bagitahu dia nampak anak kucing tu mati . sobsob T.T kitorang pun bergegas ke tempat kejadian . cehhh ayat takleh nak gempak lagi =.= haha memang betul anak kucing tu dah mati , waida dah macam nak nanges dah . kay takpe takpe , apa-apa pun setel kan kubur dia dulu , aku , murni , winie , sahara dengan waida pun pergi lah cari tempat yang sesuai nak kebumikan kucing tu . Akhirnya jumpa , dekat tepi pagar sebelah Dewan Makan dekat dengan ampain . Dah habis gali , kitorang pun kebumikan la kucing tu . *gaya macam kebumikan myat manusia je*hihi Tapi yang tak boleh blahnya si Waida ni menangis macam hapee tah dan terpaksa di tenangkan oleh kami . hahaha mungkin dia terlalu sayangkan kucing .
Tamatlah sudah riwayat kucing tu . tapi yang tak habis ceritanya lagi selang sehari ke dua hari tak ingatla , seekor lagi anak kucing (yang adik-beradik kucing yang dah mati tu la) mati , tragik pulak . macam pembunuhan bersiri , kekeke dan kami sekali lagi menggali lubang dan tanam kucing tersebut di sebelah pusara kucing yang pertama tu . Pusara??kahkah then then then , esoknya pulak seekor lagi mati . dorang ni macam buat konspirasi sama-sama bunuh diri kan ?? haih dan yang ni pun kitorang tanam sebelah pusara adik-beradik dia yang lain . Tiga-tiga kali kebumikan kucing tu , tiga-tiga kali tu jugak waida yang paling over sedih . haha so , adik-adik junior beware lah masa nak jemur kain ke nak pergi DM ke , mungkin roh-roh kucing tu memerhati kan anda . kwang3 gila apa aku ni . haha tak lama lepastu , ada seekor mak kucing ni asyik mengiau mengaum segalanya la , bingit telinga aku . Rasanya dia cari anak-anak dia kot . Malangnya semua anak-anak kucing tu dah mati . Mengiau la sampai kelua anak tekak sekalipun takkan ada balik . haaaa tu lahh , masa ada tinggalkan . sekarang ni nak menyesal dah takde guna . ulang suara dah takde guna ya . eh apasal aku yang over ni ? kekeke kay aku nak cerita pasal tu je pun , tiba-tiba teringat . haih rindu pulak zaman sekolah dulu:) sampai sini je dulu , nanti aku update lagi pasal lain kay??
p/s:Hargailah orang yang tersayang selagi mereka masih ada ^^