Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 03:28 0 COMMENTS
Assalamualaikum :)
Tatkala membelek-belek album gambar yang masih berada dalam simpanan , hatiku dipagut rasa rindu yang teramat ! Ya ! Suatu masa yang lalu ! 'Suatu masa' yang mendewasakan aku , yang mengajar aku apa itu ertinya sebuah kehidupan . Jika tiada 'suatu masa' itu , takkan ada insan yang mampu menjadi diri mereka seperti hari ini  , masih bisa berdiri di atas muka bumi Allah yang indah ini . Bila di kenang kembali suatu masa itu , terlalu banyak kenangan yang pernah di lakarkan . Kenangan waktu persekolahan yang tidak mungkin pernah terpadam daripada ingatan . Ya Allah , jangan pernah biarkan ia hilang ! 





<-----4 amal dalam kenangan , akan tetap sentiasa segar dalam ingatan (:  kenangan buat projek TK sama-2 . korang memang best !




gegirls from engineering student :)
kita sentiasa ohsemm kan ? sporting ----->
habis :D











<---- 5 Amal , banyak kenangan suka duka .
memori bersama sentiasa dihati <3










warga Hamdan :) ada gambar waktu
Form4 je sebab waktu Form5 masing-
masing takde mood sebab dinner ------>
busan . hihi sayang korang <3









<----mereka ada susah dan senang saya :')











Kenangan sewaktu menyambut hari raya
aidiladha di SHAH Pekan , takboleh pulang
kerumah tapi ternyata satu kenangan yang
terindah dapat beraya bersama :)
                    ------------>










<---------Manusia pertama yang saya kenal saat menjejakkan kaki
di SHAH Pekan . Dia macam akak saya dah sebab dia tinggi , hihi
Tapi dalam gambar ni nampak saya lagi tinggi kan ? nampak tak permainan dia ? haha partner badminton , and join KMA sama2 .
Yah , rindu awak :') tulus dari hati ni .












Kenangan time join Komiti Makanan Asrama .
Enjoy habissss and yang penting dapat
makan banyak . haha Rindu kenangan ini :')
              ------------>






<--------Taktahu kenapa saya masukkan gambar dua makhluk ni . haha nak cakap rindu toksah mengada la . padahal sama U . tapi si adib ni dah kelua coz dia dapat pergi Rusia . Muslim ni pun hebat jugak , budak mechi  tu uuuu uuuu . haha









Gambar last semasa jumpa sewaktu berbuka puasa
Ramadhan yang lalu . Gembira jumpa mereka
walaupun tak semua . masing2 dah besar , matang dan hebat-hebat :)---------------->








------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terlalu banyak lagi kenangan tapi hanya ini yang mampu di kongsi . Kalau dimasukkan semua gambar mungkin sampai ke esok pun tidak akan habis entry ini :) Pejam celik pejam celik , hampir setahun sudah saya meninggalkan zaman persekolahan , pantasnya masa berlalu hingga kadang tidak disedari . Pengalaman adalah guru yang terbaik . Daripada pengalaman kita dapat menilai semula baik dan buruk setiap perkara dan jadikan ianya sebagai pengajaran .

<3'Suatu masa yang lalu' ingat lagi tak Taufiq ? kita pernah kena denda duduk luar pintu kelas sama-sama sebab tak bawak kertas ujian BM time Cikgu Fakhrul :)
<3'Suatu masa yang lalu' ingat lagi tak ? kita pernah kena denda lari dua pusingan dekat tempat aspura sebab tak turun riadah . haha dengan baju sekolahnya bagai . Cikgu Baiti cikgu baiti . haih
<3'Suatu masa yang lalu' ingat tak ? kita sambut birthday Cikgu Salina time malam tu . siap ada drama lagi . hihi memang kenangan la .
<3'Suatu masa yang lalu' Muslim pernah buat drama pegang pisau , sampai Waida menanges . huhu buat lawak je muslim ni . haih macam-macam .
<3'Suatu masa yang lalu' ingat tak warga Hamdan yang perempuan je kay . huu kita pernah tidur ramai-ramai dekat dorm H09 lepas kita settlekan problem kita . best sangat !
<3'Suatu masa yang lalu' rindu nak dengar Yah , Sha and Nabila jerit-jerit tanya siapa nak beli dadih:)
<3'Suatu masa yang lalu' rindu nak dengar ammar and siapa lagi tah takbir kat surau time hari raya aidiladha 
<3'Suatu masa yang lalu' rindu nak pergi prep dekat DM pastu bila bising Form5 je boleh sound . hihi
<3'Suatu masa yang lalu' kalau time berbuka puasa je mesti bising sebab bunyi biji kurma baling kat pinggan
<3'Suatu masa yang lalu' rindu nak dengar Cikgu Kamarul mengajar . Bila cikgu buat kelakar , dia tak gelak pun kitorang yang gelak . tapi sekarang cikgu dah pindah :(
<3'Suatu masa yang lalu' rindu nak lepak-lepak dalam kelas . dengar muslim merepek , Kulin , Haziq , Abrar , Hisyam yang rajin study . ada yang buat bising . haih kenangan~
<3'Suatu masa yang lalu' teringat Mujahed yang sengal tu , blur-blur tapi bijak . hihi
<3'Suatu masa yang lalu' time ada seminggu tu kita kena pakai macam nak pergi interview , Muslim pakai kot pastu pegang ipad cakap kat satu kelas 'pandang sini semua , senyummm ' haha padahal tu buku nota warna hitam sebijik gaya Cikgu Azhar .
<3'Suatu masa yang lalu' rindu nak buat LK sama-sama dalam kelas , pastu bila tanya cikgu kamarul camne nak buat dia mesti buat bodoh je . haha
<3'Suatu masa yang lalu' best sangat time dinner Form5 , semua pakai cantik-cantik , hensem-hensem:)
<3'Suatu masa yang lalu' terinagt nasi lemak Cikgu Jamsari , balik prep terus ambik pastu campak duit dari atas  .huhu
<3'Suatu masa yang lalu' teringat Fiza and Ainsyah yang selalu membebel dalam dorm , haha dengan Yah yang selalu menyebuk :p dengan Waida yang sengal , Winie yang kabut , Murni yang macam Izara Aisyah , Sahara yang selalu menumpang katil kitorang :')
<3'Suatu masa yang lalu' kita sama-sama pernah berada di bumi SHAH Pekan , suka duka kita harungi bersama :)
<3'Suatu masa yang lalu' saya  pernah menyesali perjalanan hidup ini , terlalu sukar saya rasakan . Tapi sebenarnya itu hanya sebahagian dari cabaran hidup , masih banyak lagi yang perlu kita tempuhi .
<3 'Suatu masa yang lalu' , saya mengenali mereka di atas ini yang banyak memberi saya sumber inspirasi untuk meneruskan cita-cita saya .
<3'Suatu masa yang lalu' juga , saya pernah rasa kecewa tapi kemudiannya saya bangkit kembali untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang .
<3'Suatu masa yang lalu' saya belajar apa erti persahabatan dan Alhamdulillah saya tidak pernah lupakan kalian
<3'Suatu masa yang lalu' saya berusaha belajar bersungguh-sungguh dan Alhamdulillah saya dapat pergi sejauh ini walaupun tidak sehebat anda yang lain .
<3'Suatu masa yang lalu' banyak kenangan terukir indah dan kini masih tersimpan rapi di hati ini .



Kawan-kawan , maafkan saya andai sepanjang perkenalan kita , saya banyak mengguriskan hati kalian . Saya hanya manusia biasa , tidak pernah lepas dari melakukan khilaf . Tidak kira lah anda dari mana-mana kelas pun saya tetap sayangkan anda semua kerana kita semua kan EXTROVERT :) Kenangan dengan kalian tetap yang terindah . Terima kasih untuk segalanya walaupun mungkin ada yang tidak menyedari kewujudan saya . Tidak mengapa . Masa akan terus berlalu tapi ingatlah kenangan akan abadi selamanya :)
Ya Allah , rindunya aku pada 'suatu masa yang lalu' itu :'( Kau berikanlah kami semua kebaikan dan jauhkanlah kami semua dari tipudaya duniawi .

'There's story behind every friendship . Each friend we make is a start of each story . Our story had a wonderful beginning . Hope this story we made won't end :)'


p/s : goodluck ya pada yang tengah final :)











POWERED BY DYANA KASEHAROM