was posted at 23:47
0 COMMENTS
Aku, Wada , Mimi dan Nini bertemu semula setelah beberapa bulan tidak bertemu kerana masa dan jarak yang tidak mengizinkan. Tina tak dapat nak join kitorang sebab dia busy . Takpelah nanti ada rezeki jumpa lagi berlima. Persahabatan yang dah pun hampir 4 tahun usianya . Yang mana kami jarang berhubung tapi masing-masing tak pernah melupakan dalam doa .
Pergi KLCC , singgah makan dekat foodcourt tingkat atas sekali .
Sambil-sambil makan tiba-tiba Wada cakap;
'Korang, jom kita sama-sama cari redha Allah.*senyum sambil kunyah makanan*
Aku terdiam . Aku perasan Mimi dengan Nini pun macam terdiam .
Aku tanya Wada, 'Wada macam mana kan kalau kita memang nak berubah, dah try dah tapi kan kita tak istiqamah . Macam mana nak istiqamah ?'
Wada cerita dulu dia pun macam tu, tapi bila dia join usrah dan ada satu kata-kata kawan dia yang buat dia tersentap, dia perlahan-lahan berubah.
Wada sambung,'Bukan nak suruh direct berubah , yang penting hati kita ni dulu .'
'Camane kan kalau kita emm macam minat baca buku lejen press, minat menulis, minat berkarya dalam cara tersendiri, tak salah kan ?'Aku rasa macam soalan bodoh pulak aku tanya dekat Wada haha
'Islam tu mudah, takpe kau boleh aplikasikan Islam dalam tu.'
Aku termenung seketika.
Habis makan , kitorang ronda-ronda naik LRT nak pergi Damaisouq , biasalah kan perempuan kalau bershopping hikss dalam perjalanan kitorang borak-borak , cakap about everything . Rasa macam bahagia dapat tengok muka kawan-kawan baik. bahagia dapat dengar kata-kata yang menenangkan . Bahagia ada kawan-kawan yang berjanji akan bersahabat sampai kesyurga.
'Wada...............'*sigh*
'Aku dah cuba nak menjauh, nak menjaga hati, tapi makin kita nak lupakan nak jauh tu lah dia ada depan mata, terserempak dalam lif lah , dekat kafe kadang-kadang , memang buat tak tahu tapi dalam hati ni Allah je yang tahu.'
'Mungkin semua tu ujian Reen . Tapi aku tengok kau kuat, kalau perempuan lain aku taktahu lah.'
'hemm aku kuat ke Wada ? kau taktahu dulu tiap tiap kali aku terserempak dia, balik bilik mesti aku nangis,takde orang tau Wada.tapi sekarang aku dah okay sikit.aku dah boleh terima semuanya.'
tapi kata kata ni cuma mampu terluah dalam hati aku saja.
Pertemuan yang singkat tapi aku rasa paling bermakna, paling indah .
Terima kasih Tuhan untuk anugerah persahabatan ini .
ukhuwahfillah , ukhuwah kerana Mu .
Moga Kau panjangkan kasih sayang kami hingga kesyurga nanti.
dan moga Kau lindungi setiap dari hati kami dari perkara yang mendatangkan kemudaratan.
kita bahagia bukan kerana bersama orang yang betul, tetapi kerana ada DIA dalam hati kita.