Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 21:43 0 COMMENTS


kalau tanya tentang cita-cita sejujurnya aku taktahu aku ingin jadi apa selepas grad nanti. HAHA typical yana yang memang malas nak fikir nak kerja apa nanti, nak cari duit whatsoever tu. tapi deep down dalam hati aku aku ada impian sendiri yang dekat sesetengah orang yang tanya je aku akan jawab, first thing aku nak buat adalah bukak bisnes, bisnes apa? jangan risau 9/10 dari sumber rezeki tu berpunca daripada perniagaan. before ni pun pernah lah try buat bisnes kecil-kecilan jual tudung tapi yelah kan student macam aku ni nak keluar modal banyak pun mana cukup. tapi yang pastinya nanti aku nak bukak satu kedai buku yang ada banyak kemudahan dalamnya, bukan setakat boleh beli tapi boleh baca jugak kat situ like library. memandangkan aku ada banyak buku dan seeloknya aku tak membazir dan gunakan dengan sebaaiknya. bangsa melayu sekarang ni tak  minat membaca, tak tahu isu semasa sebab tu melayu makin lama makin mundur. dan aku taknak nanti bila aku dah tua, anak bangsa aku tak kenal buku, asyik berkepit dengan ipad.

Second thing, aku nak jadi penulis. menulis sesuatu yang boleh memberi sesuatu kepada orang lain. macam yang abang Nazali Noor pernah cakap dalam talk dia. Pencuri Impian kita selalunya terdiri dalam first circle iaitu orang-orang yang paling rapat dengan kita, contohnya ahli keluarga. dan ya mak dan abah adalah pencuri impian aku bila mana aku pernah kata yang aku nak jadi penulis then mereka cakap, buat apa jadi penulis, bukan boleh kemana pun. nak jadi penulis takpayah masuk belajar tinggi-tinggi pun takpa. tapi aku tak salahkan mak ayah aku sebab mereka berada di kelompok yang mana hanya doktor dan engineer sahaja yang nampak hebat, mereka telah dimomokkan dengan persepsi sebegitu oleh masyarakat sekeliling. sehinggakan ketika aku sudah masuk ke universiti mak masih kata, 'kau amik sains komputer ni ada ke kerja nanti? taklah  bukan apa makcik blabla tu kata blabla ' dan sekali lagi aku taksalah kan mak aku sebab aku tau kawasan perumahan aku bukan terletak ditengah bandar, pemikiran masyarakat sekeliling masih belum terbuka dan mereka tidak tahu dunia sekarang semuanya memerlukan teknologi. dan aku biarkan saja mereka dengan kata-kata mereka.

thrid thing, aku nak buka satu rumah perlindungan untuk anak-anak yatim dan orang tua. aku pernah berkunjung ke satu rumah anak yatim dan dari situ aku terdetik untuk memasang impian ini. pada aku, anak-anak yatim ini sangat menyentuh hati, mereka tiada tempat untuk bermanja dan menumpang kasih. dan yang selebihnya aku nak join misi kemanusiaan ke Gaza atau Palestin atau mana-mana sahaja. entah kenapa tapi memang sejak aku sekolah menengah lagi aku teringin sangat untuk turut serta dalam misi-misi seperti itu, kalau pun aku tak dapat menyertai misi untuk kesana, aku menolong dari sini pun sudah cukup.

tapi aku tahu untuk capai semua impian yang diatas ni, aku kena ada kemampuan kewangan, takkan aku nak bina rumah anak yatim sedangkan aku sendiri pun takde duit? jadinya dari sekarang lagi aku kena belajar rajin-rajin. dengan dapat keputusan yang bagus dan dapat pekerjaan yang baik itu nantilah yang dapat membantu aku mencapai semua cita-cita ini.

semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku. Amin ya rabba alamin..












POWERED BY DYANA KASEHAROM