Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 03:03 2 COMMENTS

Kalau orang tanya apa yang aku mahukan dimasa hadapan,
jawapan aku senang. Aku mahu jadi kaya dan punya banyak wang.
Kau tahu kenapa?
Bila aku kaya, aku boleh beri mereka semua yang aku ada.
Aku boleh pergi mana-mana dengan kenderaan sendiri tanpa perlu menumpang orang.
Aku boleh pergi tempat yang jauh tanpa perlu memikirkan kos.
Kau tahu kenapa aku mahu jadi kaya?
Sebab aku mahu beri mereka semua yang aku ada. (baca; gelandangan, anak-anak dirumah kebajikan dan mereka yang terpinggir).
Sebab aku mahu buat apa sahaja yang aku suka.
Sekarang ini semuanya terbatas. Aku bukan dari keluarga mewah yang tuptup dapat kereta depan mata, duit belanja setiap bulan.
Bukan.
Hidup aku cuma bergantung pada wang biasiswa yang mana bila sudah ditolak yuran dan sebagainya cuma tinggal separuh dan perlu dibahagikan untuk enam semestar. 
dan juga hasil jualan aku berniaga tudung dan macam-macam lagi demi menambah sedikit sebanyak perbelanjaan aku di universiti ini.
mahu balik ke rumah pun perlu fikir dua tiga kali, tambang pergi balik sahaja sudah memakan hampir rm100.
mahu mintak wang pada abah dan emak bikin aku malu bila mengenangkan kesusahan abah dan mak cari wang siang malam. Macam mana lesu muka abah setiap kali pulang dari kerja. Macam mana penat wajah emak yang menjahit tempahan baju hingga lewat malam. Wajah-wajah ini yang sering aku terbayang setiap kali aku rasa seperti mahu minta sedikit wang belanja.
memikirkan aku bukan anak hartawan membuatkan aku ingin jadi kaya supaya aku dapat menyenangkan emak dan abah. supaya mereka tak perlu lagi berhempas pulas mencari rezeki, supaya mereka boleh duduk senang goyang kaki sambil menghabiskan sisa tua mereka.
semoga dua tahun ini cepat berlalu, aku mahu segera habis belajar dan kerja dan ya semoga aku cepat menjadi kaya.












POWERED BY DYANA KASEHAROM