Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 02:02 0 COMMENTS


Entah kenapa kebelakangan ni, diri rasa jauh dari semuanya, dari manusia, dari dunia luar, hatta Tuhan sekalipun. Tiap kali rasa jauh dari yang satu ni, cepat-cepat ingatkan diri balik. Cepat-cepat muhasabah diri balik.

Entah kenapa jadi mahu menjauh dari orang-orang yang pernah meninggalkan parut pada aku suatu masa dulu. Zahir kata sudah memaafkan tapi tiap kali nama mereka tertera pada notification whatsapp, aku jadi benci, semacam ada dendam pada mereka yang pernah melukakan hati aku. Memang aku akui, aku seorang yang pendendam, pendendam dalam diam.

Pada aku, cukup bila sekali aku kata aku sudah maafkan, kau tak perlu muncul lagi. Sebab aku tak mampu untuk berpura-pura reply dengan nada baik sedang hakikatnya tak.

Entah kenapa aku rasa cemburu pada mereka yang sedang berbahagia, lihat mereka-mereka yang pernah membahagiakan aku suatu masa dulu dah pun ada kebahagiaan masing-masing, aku cemburu, sedang aku tak tahu hendak rasa bagaimana. Kadang-kadang aku rasa kebahagiaan tu untuk aku, terlalu jauh untuk digapai. Aku cuma berbahagia dengan diri aku sendiri.

Sampai satu masa, aku cuma mahu biarkan segalanya tanpa ada usaha. Mungkin sebab aku dah penat nak rasa berbagai perasaan. Aku cuma mahu tinggal diam dan tunggu saja apa-apa yang bakal datang.















POWERED BY DYANA KASEHAROM