Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 15:55 0 COMMENTS


Aku mahu cerita tentang satu sosok tubuh ini. Rasanya hampir dua tahun perkenalan kami. Dia seorang yang biasa sahaja. Tak dikenali ramai kerna dia selalu pilih untuk menyendiri. Orangnya cantik, simple, nampak bersahaja seperti tiada masalah tapi aku tahu dia punya banyak luka yang disimpan sendiri. Dia sudah aku anggap seperti kakakku sendiri. Dan ya dia dua tahun lebih tua dari usiaku.

Dia punya kisah tragik yang sekaligus merentap kesempurnaan dia, tapi pada aku, dia masih kelihatan sempurna. Dia punya cinta sebelum ini, tapinya lelaki itu sering mengabaikan dia, kadang berminggu bahkan pernah sampai berbulan. Katanya dia sekarang dia sudah tiada apa-apa, tapi aku tahu dia masih menyimpan perasaan. Aku masih ingat lagi sinar mata dia tatkala bercerita tentang lelaki itu.

Sekarang dia pilih untuk tinggal diam dan menunggu saja apa-apa yang bakal datang. Aku kagum pada dia. Dia terlalu tabah pada aku. Dia banyak mengajar aku tentang hidup ini. Tentang jangan terlalu percaya pada lelaki. Tentang Tuhan yang perlu kita cari. Walaupun aku dan dia jarang bertemu, tapi tetap saja tiap kali bertemu, dia akan meninggalkan kesan pada aku.

Dalam diam dia, sebenarnya banyak yang dia sedang cari dan pelajari. Aku selalu berharap cinta yang sejati akan datang menyapa dia supaya dia tak luka lagi. Tuhan, mohon dengar doa ku ini.















POWERED BY DYANA KASEHAROM