Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 22:39 0 COMMENTS


"Kau tahu mental breakdown itu sedang berlaku apabila kau nangis tak tentu pasal secara tetibe."
-someone's status on facebook-

Dan ya secara tiba-tiba semalam aku keluar bilik duduk dekat tangga luar sambil pandang ke langit hitam lalu menangis. Malangnya bulan pun tak sudi keluar munculkan diri untuk menemani aku. 

Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku sedih, aku cuma nak menangis dan terus menangis. Mungkin sebab aku dah penat. atau mungkin aku sedang kumpul semula kekuatan aku. atau mungkin sebab aku dah pendam semua benda terlalu lama. atau mungkin aku rindukan rumah, rindukan semua kawan-kawan baik. atau mungkin aku dah muak dengan segala assignment test projek yang ada. hmmmmmmm

Si dia suruh masuk bilik, berhenti menangis dan terus tidur.


Aku tak mahu selagi dia tak call. Lalu dia pun call, dan sebaik sahaja aku dengar suara dia, aku menangis lagi. Aku tak mahu cakap apa-apa. Aku cuma mahu menangis.

Dan si dia give up lalu kata, takpelah nangis puas-puas dulu nanti terus masuk tidur k. Lalu panggilan tamat.


Aku sendiri musykil kenapa dengan aku. Memang betul-betul mental breakdown ke atau sebab nak datang bulan ni. Selalu nak dekat-dekat harinya ni, emosi aku mesti tak menentu, menangis tak tentu pasal. 



Dan keesokan harinya aku jumpa dah jawapan nya. haih lahai yana pelik-pelik kau ni.












POWERED BY DYANA KASEHAROM