was posted at 17:10
0 COMMENTS
Pernah tak kau ada dalam satu
keadaan yang mana kau cinta sebenarnya pada si dia, tapi ada ketikanya kau
selalu tidak mahu mengalah seolah kau tidak mahu lakukan apa-apa untuk dia, kau
malu untuk tunjukkan pada dunia yang dia itu kau punya. Kau rasa dia itu tidak
penting buat masa ini. Kau mahukan dia tapi kau tidak mahu buat masa ini
percintaan itu mengganggu kareer kau sekarang, sama ada kau tengah berkerja
atau sedang belajar, situasinya masih sama. Pernah tak kau abaikan orang yang
kau cinta? Kau abaikan perasaan dia, kau biarkan dia keseorangan selalu. Kadang
kau tak kisah apa jadi pada dia. Dengan alasan yang sama kau kata, itu semua
tak penting buat masa sekarang. Tapi kau masih ikat dia. Kau masih kata kau
cinta dia. Kau masih kata kau mahukan dia. Pernah tak kau terfikir apa yang dia
rasa bila tiap kali kau buat dia terluka? Pernah kau pujuk dia tatkala dia
tersedu sedan di sudut meja? Pernah kau tanya kenapa saat dia monyok berduka?
Pernah kau uarkan pada dunia dia insan paling kau cinta?
Pernah tak kau?
Aku tak. Sebab manusia malang
yang selalu gagal dalam bercinta itu, yang selalu rasa begini dan begitu itu---
aku.
Manusia kadang tak sedar antara
ego dan cinta, ada ketikanya mereka lebih mengagungkan ego hingga cinta jatuh
ke tangga kedua atau mungkin ketangga paling bawah sekali. Mungkin pada
sesetengah orang, kata cinta tak penting yang penting bagaimana cara kau
membuktikan perasaan itu, bukan Cuma sekadar kata. Kau kata kau cinta, tapi kau
layan umpama sampah. Lalu apa ertinya cinta itu kalau akhirnya Cuma bawa duka?
Antara ego dan cinta. Manusia
selalu keliru. Manusia selalu buntu.