was posted at 17:09
0 COMMENTS
Dalam hidup aku dari kecik lagi,
aku selalu usaha sendiri untuk dapat apa yang aku nak. Kadang-kadang aku
cemburu jugak dengan kawan-kawan yang mak ayah belikan beg tangan, handphone
mahal-mahal apa semua tu. Aku selalu pandang mereka dengan perasaan cemburu,
dan tanya pada diri aku kenapa aku tak seperti mereka. Kenapa mereka senang
dapat apa yang mereka mahu. Sedang aku perlu simpan duit sendiri untuk dapatkan
semua tu. Aku pernah melalui fasa di awal remaja yang mana aku akan memberontak
bila kemahuan aku tak dipenuhi. Kadangkala benda yang aku mahu tu bukanlah
benda yang mahal pun. Yelah mana tidaknya kan, aku duduk asrama, bila ada
barang nak beli atau barang tu dah habis, mestilah bila balik rumah baru beli.
Tapi bila kat rumah, kadang-kadang abah tak cukup duit. Lepastu aku kena simpan
lagi benda yang aku nak beli tu sampai ke next turn balik rumah lagi sekali,
tapi tetap jugak tak dapat. Yelah masa tu gaji abah bukannya banyak sangat.
First henfon yang aku beli itu pun waktu akhir form 3, guna duit raya. Lepastu
henfon tu kena rampas dengan warden asrama. Celaka betul aku rasa masa tu. Aku
nak tebus balik henfon tu pun still dia tak bagi, padahal ketua warden bagi je.
Sampai sekarang aku dendam dengan cikgu tu. Lantak situ nak kata aku apa, yang
penting aku memang berdendam dengan dia.
Aku pernah tolong mak jual kuih
dekat sekolah. Masa aku sekolah rendah mak buat kuih untuk satu makcik ni, kira
makcik ni jual tepi jalan macam tu, nanti mak aku buat lebih kalau aku dengan
akak aku nak bawak jual dekat sekolah. Selalunya kuih aku laku je sampailah
satu hari tu macam manatah kantoi dengan makcik kantin hmm rasanya sebab kawan
aku nak tukar duit kecik dia terbawak sekali kuih tu depan makcik kantin tu.
Terus makcik tu jumpa aku marah aku jual kuih dekat sekolah. Masa tu
kawan-kawan yang lain takut dah nak beli kuih dari aku. Air mata aku tunggu
masa nak jatuh je. Aku bawak kuih banyak kot haritu, macam mana aku nak jawab
dengan mak. Aku tau mesti mak tak marah aku, tapi mesti mak sedih tengok kuih
dia takde orang beli. Sampai rumah aku diam je, mak tanya kenapa banyak lagi
kuih ni, aku cakap mak cik kantin marah jual dekat sekolah. Mak aku rilek je
cakap takpelah takde rezeki nak buat macam mana. Aku tak boleh nangis depan mak
aku, terus aku masuk bilik air, mandi sambil menangis.
Aku tak pernah malu bila aku
takde duit, bila aku susah. Sebab semua tu buat aku kuat untuk berusaha cari
duit sendiri. Masa awal-awal aku try berbisnes masa tu tengah tunggu nak masuk
degree, aku tak pandai pun selok-belok niaga ni. Aku beli borong dekat satu
online shop ni, bila barang sampai dekat rumah, aku macam tergamam gila sebab
material dia bukan yang macam aku bayangkan. Kalau jual komfem tak laku. Masa
tu aku down gila. Dekat rm 500++ aku rugi. Tapi takpelah aku try jual benda
lain, beli tudung dekat jalan tar pastu jual balik, okaylah ada untung sikit.
Ada banyak lagi benda yang aku
pernah lalui, kadang sampai buat aku jatuh hingga ke tingkat paling bawah
sekali. Tapi aku tahu Tuhan selalu ada menghulur tangan dari atas sana untuk
aku terus bangkit semula. Dan aku pilih jalan ini untuk something yang lebih
better. Kalau kau tak make a move dan tunggu sahaja rezeki turun dari langit
tanpa berusaha, kau ingat Tuhan nak begi rezeki tu sekelepuk depan mata kau? Untung
rugi adat berniaga, kalau tak sanggup nak hadapi risiko, pergi duduk dalam gua
sana, kau takut sangat nak hadapi reality dunia kan? Inilah kehidupan. Bukan
semuanya indah macam dalam cerita novel.
Kau kena terima hakikat.