Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 15:41 0 COMMENTS

Satu hari ketika aku sedang berjalan pulang kebilik setelah selesai kelas. Aku terpandang akan beberapa orang leaf blower yang gigih meniup daun-daun kering yang berguguran di sepanjang jalan, ketika itu angin bertiup kencang menandakan hari yang bakal hujan. Angin masih kencang, daun-daun kembali berterbangan dan aku pandang lagi pada leaf blower yang masih gigih mengumpulkan daun. Setiap pagi kalau terlihat mereka, aku pasti akan berkata dalam hati, kesiannya mereka. Mereka masih tetap tabah meniup daun-daun kering itu setiap hari , daun yang entahkan bila akan habis gugurnya. Mungkin kalau ditebang baru tiada tapi inilah UTM skudai, penuh dengan pokok-pokok yang menenangkan dan kadangkala menakutkan apabila malam. Dan aku terfikir bagaimana mereka sabar setiap hari melakukan kerja yang sama sedang aku, kita selalu mengeluh pada hidup yang senang yang tak perlu bersusah payah seperti yang mereka lalui. Hanya perlu fikirkan tentang pelajaran .

Setiap manusia rezeki berbeza-beza dan ya rezeki mereka disini. Ada pada mesin peniup daun yang mana bunyinya bisa mengejutkan tidur pagiku. Tanya pada anak melayu mana yang hendakkan kerja begitu ? Jadinya pekerjaan seperti itu hanya dilakukan oleh pekerja asing. Hebatnya mereka sanggup datang ke negara lain demi untuk mencari sesuap nasi.

Aku perempuan yang diluar kau nampak tak punya rasa, tapi dalam hati aku cepat jatuh kasihan pada mereka-mereka yang sudah tua tapi masih memerah keringat bekerja seperti pencuci cermin kaca di kampus,pelayan di kafe. Aku kagum pada kekuatan mereka yang masih mahu bekerja walau usia sudah memamah mereka. Apakan daya, demi mencari rezeki.

Dan tiba-tiba aku terkenangkan mak dan abah dirumah, saban hari bekerja demi untuk aku dan yang lain. Aku tahu macam mana penatnya abah, pulang dari kerja yang memakan masa 45 minit perjalanan menaiki motor, aku pernah rasa penatnya. Ketika aku bekerja di Secret Recipe Kl sentral , sebulan aku berulang alik dengan abah. Ya, aku tahu penatnya. Aku teringat wajah abah, hampir tak sedar aku yang abah dah semakin tua, makin menghampiri waktu senjanya, tapi demi untuk keluarga dia masih gigih bekerja.

Aku bukan anak orang kaya, hanya biasa-biasa cukup saja semuanya tak pernah meminta. Dulu pernah hidup susah, mungkin sebab itu aku jadi anak yang tak suka meminta, semuanya selagi ada aku guna aku punya. Dan bila mendapat khabar aku layak menerima biasiswa, bermacam rasa yang menyinggah sekurang-kurangnya aku tak perlu menyusahkan mak dan abah lagi. Alhamdulillah, terima kasihTuhan untuk rezeki yang tak pernah putus kau berikan pada keluarga aku.

Petang ini , aku pandang luar tingkap. Aku nampak lagi leaf blower yang masih gigih meniup daun. Aku kata dalam hati, 'moga terus kuat untuk mencari rezeki'. Doa ikhlas dari aku untuk mereka.













POWERED BY DYANA KASEHAROM