Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 07:40 0 COMMENTS



Jasad, nyawa jadi taruhan
Darah, air mata jadi mainan
Mana kemanusiaan?
Mana belas kasihan?
Kau ratah tiap inci jasad mereka
Kau ludah wajah suci rakyat Palestina
Kau gelak hina pada tubuh yang terkaku
Kau bersorak pada jiwa yang merayu

Maafkan aku wahai jiwa-jiwa shuhada
Maafkan aku kerana disini
Aku masih bergembira
Bergembira dengan kehidupan yang serba selesa
Sedang engkau disana masih gigih 
Mempertahankan diri, bangsa, negara
Dan yang paling utama---
mempertahankan agama islam

Maafkan aku wahai para mujahidin
Maafkan aku kerana disini 
Aku masih bergelak ketawa 
Menonton hiburan, menikmati kemewahan
Sedang engkau tabah mempertaruhkan nyawa 
Menghadapi si keji sang laknatullah itu!

Maafkan aku wahai jiwa-jiwa yang kental
Maafkan aku kerana disini 
Aku tak mampu mengangkat senjata
Sama-sama membedil Zionis yang sedang melampau!

Maafkan aku wahai para penghuni syurga Allah
Maafkan aku kerana disini 
Aku cuma mampu meluah rasa dengan kata
Didalam ruang yang tiada siapa sudi menatapnya

Maafkan aku, maafkan aku yang tak segagah kalian,
yang entah-entah kecut tatkala musuh datang menerpa,
yang entah-entah tergigil saat mendengar ledakan bom,
yang entah-entah rebah ketika melihat tubuh saudaraku diratah.

Maafkan aku kerana aku hanya bisa mengirim doa dari kejauhan ini
Moga kalian diberi kekuatan
Moga Islam akan menang
Moga Zionis sekalian tenggelam
dan moga syurga buat kalian
berbahagialah wahai saudara-saudaraku yang telah syahid
bidadari sedang menunggu kalian disyurga


Bertabahlah duhai Palestina.















POWERED BY DYANA KASEHAROM