Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 22:55 0 COMMENTS

It would be nice kan kalau kita dapat jadi macam burung, dapat terbang bebas, singgah ke mana pun yang kita mahu. Dari atas kita dapat tengok kehidupan ni, dapat perhatikan segenap penjuru apa yang berlaku. Dapat menilai hidup ini. Dapat pergi kemana tanpa ada sesiapa yang menghalang, tiada sesiapa yang peduli.

It would be nice kan?

Dapat cari kebahagiaan sendiri. tak perlu fikirkan orang lain, tak perlu fikirkan hati siapa yang nak dijaga. Kadang-kadang aku cemburu dengan burung yang terbang bebas, sedang aku disini rasa terkurung. Kenapa sometimes manusia tak boleh jadi macam burung ye? atau dengan erti kata lain kenapa aku tak boleh jadi macam burung?  hmmmm

Gembira tengok orang lain hidup bahagia. Menyayangi satu sama lain. Kemudia pandang cermin dan tengok diri sendiri, aku pun bahagia jugak. Alhamdulillah untuk semua yang dah Allah kurniakan. Cuma kadangkala aku rasa nak some space to myself untuk cari balik diri yang aku sendiri rasakan dah hilang. Sedikit demi sedikit. hmmm *mengeluh lagi* rasa teruk diri ni sebab asyik mengeluh je lately ni. Macam tak bersyukur pulak dengan segala nikmat yang Allah dah beri.

Dari mata kasar, semua nampak okay. Nampak macam tak ada masalah. Tapi jauh dalam sudut hati ni, aku dapat rasa, ada banyak benda yang tak kena. Atau sebenarnya aku yang terlalu paranoid?

Entahlah aku pun tak tahu. Aku tak tahu apa yang bakal jadi untuk hari-hari yang akan datang. Aku cuma mampu untuk siapkan diri dengan segala kemungkinan. walaupun deep down dalam hati ini, aku selalu berharap dan berdoa, semoga yang ini jadi yang terakhir. tapi sebaik mana perancangan kita, perancangan Allah tu lebih baik. Apa pun yang jadi nanti, aku harap aku kuat. Bukan yana yang cepat kecewa dan menangis berbulan-bulan lamanya sebab patah hati.

Sejak bila Noor Diyana ni jadi cepat mengalah dan menyerah pun aku taktau. Mungkin dia dah penat dengan segala benda yang mengecewekan yang berkait dengan hati dan perasaan. Mungkin dia dah banyak kali rasa kecewa dan sekarang ni kalau boleh dia taknak lagi ada perasaan kecewa tu. Sebab 'kecewa' tu bukan sesuatu yang menyenangkan malah menyakitkan dan membunuh perlahan-lahan jiwa yang ada.

Dan kadang-kadang aku terfikir, tak punya hati kah mereka-mereka yang selalu mengecewakan orang lain ni? tak punya rasa kasihan kah? atau sebenarnya rasa kasihan tu sudah tak ada di dalam diri mereka?

Dan sekali lagi jawapannya, entah, aku tak tahu.

dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mungkin wujud sunyi
diriuh engkau berdiri?












POWERED BY DYANA KASEHAROM