Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 00:46 0 COMMENTS



Sejak kebelakangan ni, aku selalu mempersoalkan tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan hidup aku. Sama ada jalan yang aku pilih ini, adakah ianya akan membahagiakan aku atau tidak. 

Sejujurnya, to be a software engineer or anything related to computer bukanlah kerjaya idaman aku. Aku mahu hidup yang bebas, yang buat aku rasa nyaman. Punyai resort di mana-mana pulau misalnya, adalah salah satu impian aku.

Entahlah, aku tidak dapat membayangkan apa jadi pada hidup aku dua atau tiga tahun akan datang. Yang penting adalah menghabiskan sisa baki setahun lagi pengajian di universiti dan selanjutnya kita nantikan sahajalah apa yang bakal terjadi kelak.

Kalau ikutkan hati dulu, mahu sahaja aku pilih bidang yang aku minat. Tapi kerana utamakan mak dan abah, aku batalkan sahaja niat itu. hm ya aku tahu, aku ini pengecut tidak mahu mengejar impian sendiri, tidak mahu jadi diri sendiri.

Tapi itulah kan, aku masih punya mak abah yang hatinya perlu dijaga. Yang kalau bukan aku anaknya, siapalah lagi yang mahu membanggakan mereka.

Jadi untuk masa yang sekarang ini, semoga dapat bertahan demi untuk senyuman.










POWERED BY DYANA KASEHAROM