Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 03:03 2 COMMENTS

Kalau orang tanya apa yang aku mahukan dimasa hadapan,
jawapan aku senang. Aku mahu jadi kaya dan punya banyak wang.
Kau tahu kenapa?
Bila aku kaya, aku boleh beri mereka semua yang aku ada.
Aku boleh pergi mana-mana dengan kenderaan sendiri tanpa perlu menumpang orang.
Aku boleh pergi tempat yang jauh tanpa perlu memikirkan kos.
Kau tahu kenapa aku mahu jadi kaya?
Sebab aku mahu beri mereka semua yang aku ada. (baca; gelandangan, anak-anak dirumah kebajikan dan mereka yang terpinggir).
Sebab aku mahu buat apa sahaja yang aku suka.
Sekarang ini semuanya terbatas. Aku bukan dari keluarga mewah yang tuptup dapat kereta depan mata, duit belanja setiap bulan.
Bukan.
Hidup aku cuma bergantung pada wang biasiswa yang mana bila sudah ditolak yuran dan sebagainya cuma tinggal separuh dan perlu dibahagikan untuk enam semestar. 
dan juga hasil jualan aku berniaga tudung dan macam-macam lagi demi menambah sedikit sebanyak perbelanjaan aku di universiti ini.
mahu balik ke rumah pun perlu fikir dua tiga kali, tambang pergi balik sahaja sudah memakan hampir rm100.
mahu mintak wang pada abah dan emak bikin aku malu bila mengenangkan kesusahan abah dan mak cari wang siang malam. Macam mana lesu muka abah setiap kali pulang dari kerja. Macam mana penat wajah emak yang menjahit tempahan baju hingga lewat malam. Wajah-wajah ini yang sering aku terbayang setiap kali aku rasa seperti mahu minta sedikit wang belanja.
memikirkan aku bukan anak hartawan membuatkan aku ingin jadi kaya supaya aku dapat menyenangkan emak dan abah. supaya mereka tak perlu lagi berhempas pulas mencari rezeki, supaya mereka boleh duduk senang goyang kaki sambil menghabiskan sisa tua mereka.
semoga dua tahun ini cepat berlalu, aku mahu segera habis belajar dan kerja dan ya semoga aku cepat menjadi kaya.




was posted at 01:15 0 COMMENTS


I do a lot of mistakes in my past.

--Kalau boleh aku nak matikan ingatan aku pada masa lalu, sebab aku rasa malu pada diri yang dulu. Diri yang terlalu hauskan cinta dunia. Terkejarkan cinta sementara hingga aku ketepikan banyak perkara. Dan aku taknak lagi jumpa orang-orang yang patahkan hati aku lagi sebab aku rasa bodoh habiskan waktu mencintai orang yang diakhirnya hanya melukakan aku.





was posted at 01:02 0 COMMENTS

Deru ombak itu,
Sentiasa menenangkan pada pendengaran aku.

Angin disini,
Mendamaikan.
Menghirup keluar sesak yang bersarang dalam dada aku.

Entahlah.
Kebelakangan ini aku tiba-tiba rasa kecewa. Kecewa yang entah aku taktahu kenapa.

Banyak perkara yang mengecewakan aku. Cuma entahlah aku tak mampu luahkan dengan kata.

Aku cuma mahu tenangkan diri dari keserabutan ni.

Dan sebenarnya aku rasa mahu lari.

Tapi aku tiada tuju, jadi aku mahu seketika bersembunyi.

Sebab tiap kali teringat, aku tak mampu tahan sebak di hati.


was posted at 02:19 0 COMMENTS


Betapa kita-kita ini terlalu leka dengan kesenangan yang ada hingga terlupakan pada mereka yang diluar sana, yang sangat membutuhkan kita. Bukan mahukan wang ringgit kita, cuma sedikit masa untuk mereka menumpang kasih, meminjam sedikit masa dari kita untuk menemani jiwa-jiwa tandus mereka. Disebalik tawa ria yang mereka pamerkan, pernah kau tahu sesunyi mana hati mereka?




was posted at 22:38 0 COMMENTS


Tentang bahagia yang Tuhan kasi ke kita-kita ini,
bukankah patut kita kongsi-kongsikan biar adil,
 biar semua rasa dipeduli?



was posted at 12:23 0 COMMENTS



There is a girl who still writes you; she doesn’t know how not to.
 — Sarah Kay











POWERED BY DYANA KASEHAROM