Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 00:46 0 COMMENTS



Sejak kebelakangan ni, aku selalu mempersoalkan tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan hidup aku. Sama ada jalan yang aku pilih ini, adakah ianya akan membahagiakan aku atau tidak. 

Sejujurnya, to be a software engineer or anything related to computer bukanlah kerjaya idaman aku. Aku mahu hidup yang bebas, yang buat aku rasa nyaman. Punyai resort di mana-mana pulau misalnya, adalah salah satu impian aku.

Entahlah, aku tidak dapat membayangkan apa jadi pada hidup aku dua atau tiga tahun akan datang. Yang penting adalah menghabiskan sisa baki setahun lagi pengajian di universiti dan selanjutnya kita nantikan sahajalah apa yang bakal terjadi kelak.

Kalau ikutkan hati dulu, mahu sahaja aku pilih bidang yang aku minat. Tapi kerana utamakan mak dan abah, aku batalkan sahaja niat itu. hm ya aku tahu, aku ini pengecut tidak mahu mengejar impian sendiri, tidak mahu jadi diri sendiri.

Tapi itulah kan, aku masih punya mak abah yang hatinya perlu dijaga. Yang kalau bukan aku anaknya, siapalah lagi yang mahu membanggakan mereka.

Jadi untuk masa yang sekarang ini, semoga dapat bertahan demi untuk senyuman.


was posted at 16:14 0 COMMENTS
Ada satu kisah yang aku telahpun tanam ianya jauh dalam dalam, di dasar yang paling dalam. Yang kalau aku tidak kuatkan hati, aku sendiri mungkin boleh jadi tidak waras. Yang padanya terlalu besar harapan diletakkan, terlalu banyak cinta yang diberikan, dan semua seluruh hati ini telah aku berikan padanya lama dulu. Takdir masih juga tak berpihak pada kita, meskipun sudah bertahun-tahun, meski sudah ada didekat didepan mata. Kalau ditanya pada aku, apa penyesalan terbesar aku, yang satu inilah yang akan aku jawab. Ini penyesalan terbesar, luka terbesar dan patah hati yang paling besar pernah aku rasakan. kalau waktu bisa diputar dan aku diberi peluang untuk membaiki masa laluku, aku akan cuba sehabis baik mendapatkan dia semula, menjernihkan segala kekusutan antara kami, dan tidak membuat konklusi terlalu awal. Di dada ini terlalu berat rasa yang menjerat, terlalu sarat dengan semua kenangan yang manis, hinggakan kau robek aku berkali-kali masih juga aku tegar berdiri. Menceritakan tiap satunya yang indah tentang kau. Walau hakikat kenangan itu sudah lapuk ditelan zaman. Kau juga sudah tidak sama lagi dengan kau yang dulu, saat kita sedang berbahagia. Tapi masih juga aku mengagumi kau dari sini, disini, aku masih setia memerhati, memerhati semua yang kau kecapi. Walau keberadaan kita terlalu dekat, namum sayang hakikatnya hati kita sudah terlalu jauh. Kau tidak lagi memandang aku dengan cinta seperti waktu dulu. Dan aku kira itu kesedihan terbesar aku. Aku tidak akan mampu lagi mendapatkan kau. Yang aku bisa lakukan cuma mendoakan kebahagiaan kau walau dengan siapapun kau bersama. Kerna cinta tak semestinya memiliki. Jadi aku ikhlaskan hati aku untuk ini. Moga Tuhan memberikan aku kekuatan untuk tahun-tahun akan datang seperti mana Dia menguatkan aku dimasa-masa yang dulu.

was posted at 02:46 0 COMMENTS


Kalau awak beri sedikit ruang dihati awak untuk saya, dan saya juga beri sedikit ruang dihati saya untuk awak, mungkin kita boleh saling menyembuhkan.
Tapi takpe masih awal lagi. Kita punya banyak lagi waktu.
Cuma itulah saya nak beritahu awal-awal. Saya ini perempuan yang tiada apa-apa, hanya kasih dan setia yang saya ada. Itupun kalau awak sudi mahu berkehendakkan saya.
Kalau awak tak mahu tak apa, hati orang saya tak boleh paksa. Jangan risau saya dah siapkan segala, kalaupun kecewa, saya takkan jatuhkan air mata.



was posted at 02:05 0 COMMENTS


Dalam mengenang memori semalam
Dalam merenung dosa kelmarin

Terlalu banyak rasa yang mahu diluah
Terlalu banyak kata yang mahu ditulis

tapi rasa cuma mampu tinggal dalam jiwa
dan kata cuma mampu jadi tulisan-tulisan yang patah

Patah.
Sama macam hati. Yang dah patah-riuk. Calar-balar. Tersiat dan terburai.

Entahkan sekarang ini aku tidak tahu lagi bagaimana mahu berperasaan.
Rasa sedih, rasa rindu, rasa sayang dan segala rasa
Cuma mampu diluah dalam tulisan. Tiada suara, bisu tak berbahasa.

Dalam tulisan. Ya, dalam tulisan yang patah jiwanya.






was posted at 01:56 0 COMMENTS
Aku ini gadis yang tak pandai bergincu merah,
Tak pandai memakai eyeliner mahupun mascara,
Tak pandai menempek eyeshadow mahupun blusher.
Aku ini gadis biasa-biasa yang punyai kegemaran yang mungkin berbeza.
Aku sukakan buku, aku mewarna bila kebosanan, aku membaca bila kesunyian,

 aku sukakan pantai, ombak, bulan juga bintang.


Aku ini gadis membosankan, apa kamu masih sudi mahukan aku?




was posted at 09:59 0 COMMENTS



Ingin sekali aku tahu apa yang ada dibenakmu,
ingin sekali aku selongkar rasa apa yang membelenggu,
ingin sekali aku tanya apa nyenyak tidurmu,
hanya bertilamkan kerasnya kerusi batu.

Maafkan aku, maafkan kami,
kerna cuma ini yang mampu kami beri,
kami masih tak mampu membela nasib kamu,
justeru aku mohon moga kau tabah selalu.

Jangan pernah putus asa dengan hidup,
ada hikmahnya disetiap celah-celah kejadian yang Tuhan takdirkan.
Bertabahlah duhai jasad-jasad yang tidak berumah,
Kasih Tuhan pasti ada untukmu.

p/s: photo kredit to ALASperut










POWERED BY DYANA KASEHAROM