Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 20:30 0 COMMENTS
Assalamualaikum :) 
Hai readers ! cehh poyo kemain lagi readers nyaaa . haha okay okay malam ni aku nak share sikit beberapa tips tentang kesihatan memandangkan aku tengah busan . hihi ohh aku jumpa tips ni masa tengah baca suratkhabar pagi tadi . see ? rajin tak aku membaca ? haha so kepada sesiapa yang rajin menjaga kecantikan dan kesihatan diri boleh lah cuba ya ! ^^


okay lets cekidaut !! ^^v

 1 . Banyakkan memakan kekacang seperti badam , gajus , dan walnut tanpa tambahan garam untuk membantu mengekalkan kulit sihat dan cantik
 

2 . Mandian sus mampu mengekalkan kadar lembapan serta melembutkan kulit .


3 . Vitamin B baik untuk membantu pertumbuhan sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan kulit . Makanan dari sumber gandum dan bijirin kaya dengan sumber vitamin ini .


4 . Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan pedas kerana tabiat pemakanan tersebut boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat .


5 . Minyak kelapa jika dilumur pada tumit yang merekah mampu menyelesaikan masalah tersebut .


6 . Skrub yang diperbuat daripada kopi dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit .


7 . Jangan lupa sapu losyen pada siku , lutut dan tapak kaki kerana di situlah kawasan yang mudah kering .


8 . Sabun mandi yang menghasilkan banyak buih hanya akan menghilangkan kandungan vitamin semulajadi kulit . oleh itu pilih sabun yang kaya dengan bahan pelembap tetapi kurang berbuih .


9 . Setiap kali selesai mandi , lap badan kamu perlahan-lahan dengan melakukan tekapan lembut . Elakkan menggosok tuala dengan kasar kerana tindakan itu hanya akan merosakkan kulit yang sihat . 
10 . Campuran setengah cawan madu dalam air mandian mampu menjadikan kulit tubuh gebu dan mulus .


11 . Pengambilan herba seperti ginseng boleh membantu melambatkan kesan penuaan pada kulit .


12 . Senaman dapat membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan aliran darah ke kulit supaya kelihatan segar dan sihat .

13 . Kulit gelap pada bahagian tengkuk dan bawah ketiak boleh mengundang perasaan malu . Bagi menghilangkan kulit gelap itu , campurkan pati lemon dan timun bersama secubit serbuk kunyit dan lumur pada bahagian tersebut kemudian bilas dengan air suam .


14 . Seminggu sekali skrub badan dengan menggunakan loofah pad bagi menghilangkan sel kulit mati dan juga mengembalikan tona asal kulit kamu .


15 . Losen yang mengandungi lemak koko dapat membantu menghilangkan kesan regangan(stretch mark) .


so bolehlah korang cuba kan ? ^^




                       









POWERED BY DYANA KASEHAROM