was posted at 00:16
0 COMMENTS
Bismillah .
Jumaat .
24 Ramadhan .
Sekejapnya masa berlalu . pejam celik pejam celik dah nak penghujung ramadhan . entah dapat merasa lagi atau tak ramadhan yang akan datang atau mungkin ini ramadhan terakhir buat kita ?
Muhasabah diri .
ohhh masih boleh ucap Selamat Berpuasa lagi kan ? herher kadang kadang liat betul nak menaip padahal dekat rumah bukan ada buat apa apa pun .
Alhamdulillah , hati dah makin tenang . Semoga ketenangan ni berterusan untuk masa yang akan datang . Maaf untuk entry luahan perasaan sebelum ini . Haha kadang kadang bila baca balik rasa nak gelak sebab jadi jiwang macam tu . But now , boleh lah dah okay sikit kot .
Well sampai bila kan ? rilek ahhh . haha *kau pandai cakap je yana , dalam hati?*
haha okay tak saya okay , saya dah besar :B
Semoga diri ini terus istiqamah dalam apa pun yang dilakukan sekarang , bukan setakat bulan Ramadhan je .
Preparation untuk raya pun sederhana je . Rasa macam tak beli pape pun . haha Entahlah makin lama raya dah tak semeriah macam waktu waktu dulu kan ? haha bagi aku lah , engkorang aku taktahu lah kan . best kot ? kan ? :)
Kadang kadang rindu jugak zaman nak berpuasa dekat asrama dekat kolej , tapi fikir balik ni jelah tahun yang mana aku puasa dekat rumah dan boleh cuti raya sesuka hati , no need to go back to kolej haha heaven jugak lah . tapi after ni , pehhhh kena pergi jauh pulak . hm takpelah demi menuntut ilmu kan .
Aku masih tak puas lagi , tak puas nak rasa lagi Ramadhan ni . tak puas nak bermanja , bermesra tuptup dah nak tinggal 5-6 hari je lagi puasa . Ahhh ramadhan , jangan kau pergi .