Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 21:59 0 COMMENTS

B.A.H.A.G.I.A

Yes , bahagia.
Benda mudah nampak simple tapi tak semua mampu miliki hatta punya duit beribu tinggi umpama gunung everest. Ahh overnya perumpamaan aku. next paper lambat lagi, ada 4 hari aku boleh beronok-ronok itu yang rajinkan sikit otak ni perah idea untuk menaip. Amboi kau nampak sangat selama ni pemalas.

Bahagia ni tak macam baju beg atau whatsoever yang kalau kau nak kau boleh dapatkan dengan hanya hulur duit. Kalau kau ada duit banyak maknanya lagi banyaklah bahagia yang kau dapat. so, kalau macamtu orang miskin tak ada duit tak layak lah nak rasa bahagia , cemtu ? kalau kau fikir macamtu maknanya kau ni salah seorang yang nampak benor tak penah rasa bahagia. oh maafkan saya kasarnya bahasa.

Bahagia ni banyak definisi bergantung jugak dekat individu tu macam mana dan dengan cara apa yang boleh membuatkan dia bahagia. Selalu kita dengar 'duit banyak pun kalau tak bahagia tak guna jugak' or something like 'takpe kite tak banyak duit asalkan kita bahagia.' Tak boleh jugak macamtu sebab tak semua orang kaya tu tak bahagia , ada je yang bahagia, yang percaya bulat-bulat orang banyak duit ni selalu tak bahagia mesti terpengaruh dengan novel kan ? aherher dan sama jugak tak semestinya orang yang tak punya harta semuanya bahagia, ada jugak yang disebabkan kesempitan duit mulalah jadi panas baran pukul anak bini. aku dah mula rasa ayat aku macam karangan spm pulak. hemm

Ada orang yang bila dia duduk sorang-sorang, buat apa yang dia suka. Itulah bahagia pada dia.
Ada pulak yang bila dia nampak crush dia dari jauh tu dah cukup buat dia rasa bahagia sangat.
Contoh lain, bila kita dapat buat sesuatu kebaikan, kita tengok orang yang kita tolong tu senyum gembira itu lah kebahagiaan pada kita. Dan ada juga yang mana kita tengok orang yang kita sayang bahagia dengan hidup dia dan dengan orang yang dia sayang, itulah kebahagiaan bagi kita walaupun kita sedar yang kita ni bukan lagi penyebab kebahagiaan dia. ok ada nada sayu disitu aherher

Tak kesahlah macam mana pun penyebab kebahagiaan tu yang penting kita kena sedar yang kebahagiaan tu anugerah dari Tuhan. Dan sebenar-benar kebahagiaan itu adalah bila kita tak pernah tinggalkan Tuhan macam mana Tuhan tak pernah tinggalkan kita even terkadang kita terlupa pada Dia. Kita kena sedar takkan wujud kebahagiaan tanpa kita cari kebahagiaan yang hakiki terlebih dahulu.

Aku ambil contoh , biar aku namakan dia dengan nama Vina (tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia) si Vina ni ada boifren setelah beberapa ketika menyendiri kerana putus cinta. Selama dia berduka, dia tak punya siapa dan ketika hadirnya Mamat (bukan nama sebenar) , dia rasakan itulah cahaya yang selama ini dia cari. Bahagia bila berdua hingga tak hiraukan orang diseliling kerana bagi dia cuma Mamat saja yang boleh menceriakan dia, yang boleh memberi bahagia pada dia. Seluruh hati dan jiwa diberikan pada Mamat tanpa ragu-ragu. Suatu malam ketika dia duduk sendirian, Vina termenung dan mula memikirkan mengapa kehadiran Mamat sekalipun tak mampu mengisi satu rasa kosong dalam hatinya. Ya, jiwanya kosong seperti sudah terbang melayang. Kehadiran Mamat cuma memberi rasa bahagia sebentar, dalam erti kata lain bukan bahagia yang benar-benar dia inginkan. Lalu Vina mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Mamat. Memang sedih tapi Vina tahu itu bukan apa yang dia inginkan. Kemudian Vina mencari, mencari segenap penjuru apa itu erti bahagia dan akhirnya dia tersedar selama ini dia terlalu leka hingga terlupa pada Dia , ya Dia yang diatas sana, pemberi rasa sedih dan bahagia, pemberi segala-galanya. Lama Vina menutup hatinya untuk sesiapa dan kembali mencari dirinya semula. Setelah beberapa tahun, Tuhan menemukan Vina dengan seseorang yang menerima dia seadanya, mengasihi tanpa melalaikan. Dan ketika itu Vina sedar kebahagiaan itu akan hadir juga suatu hari nanti asalkan dia mencari dulu kebahagiaan yang hakiki.

ahh panjang nya cerita aku dah boleh tulis novel ni. Cehh perasannya *gelak kat diri sendiri*

Ya dan konklusinya , apa guna kononnya kita gelak ketawa tapi dalam hati rasa sunyi . bahagia itu ada dijiwa bukan sekadar ada pada senyuman palsu . gituuuu haaa .

dan bahagia pada aku adalah bila aku mampu tengok mak abah tersenyum bila aku naik pentas time konvo nanti sebab aku tahu kalau aku tanya 'mak nak apa apa tak yana belikan?' , mak akan jawab 'tak payahlah yang penting kau belajar rajin rajin dapat result cemerlang tu dah cukup buat mak gembira.' ahh sebaknya taip entry ni. aku nak tengok lagi senyuman mak dengan abah macam time aku dapat 8a pmr dulu, macam time aku dapat result okay yang melayakkan aku terus sambung degree dekat sini , ya dekat bumi UTM Skudai yang menjadikan aku sekali lagi perantauan. amboi ayat macam belajar kat oversea je hakhak tapi cukup buat aku sebak bila tiap kali abah hantar dekat TBS, abah peluk lepastu abah tepuk bahu kata 'belajar rajin-rajin.' ya, aku tahu tu ayat yang cukup simple tapi bagi aku sangat bermakna sebab abah memang jenis yang tak banyak cakap, kalau orang lain tak kenal abah dorang akan kata abah garang. dan ya aku mewarisi sikit perangai garang abah tu hihihi  dan bahagia pada aku lagi bila aku tengok orang yang aku sayang , kawan-kawan yang aku sayang bahagia dengan apa yang mereka lalui sekarang . ya itu bahagia pada pandangan aku. pada engkorang mungkin sama dengan aku atau mungkin juga lain kan . macam yang aku cakap tadi , bahagia ni ada banyak definisi terpulang pada individu masing masing .

Akhir kata dari aku, selamat mencapai bahagia. semoga kebahagiaan akan terus menyinari hidup kita semua.



















POWERED BY DYANA KASEHAROM