Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 14:24 0 COMMENTS


banyak benda yang aku nak sangat buat tapi rasa macam tak dapat , tapi mana ada benda yang mustahilkan dalam dunia ni .

----atau sebenarnya aku tak cukup usaha ?
yes , tepuk dada tanya kat diri sendiri.

aku suka buat benda yang membantu mereka yang memerlukan. sampai pernah satu ketika aku terfikir untuk jadi sukarelawan bila habis belajar nanti. ya aku pernah punya cita-cita itu. aku pernah melawat ke Institut Jantung Negara beberapa kali untuk satu semestar kerana aku ambil subjek Budi Penyayang untuk kokorikulum. Entah kenapa aku rasa jiwa aku tenang, hati aku senang dapat melawat adik adik yang tak bernasib baik, aku macam nak selami hati ibu bapa mereka, buat mereka ketawa. tapi ketika itu masa tak berapa mengizinkan. aku pernah berazam untuk terus menjadi volunteer disitu walau bukan lagi datang kesitu kerana aku kelab budi penyayang. disebabkan aku sudah ke skudai, impian itu terencat seketika. tak mengapa habis belajar nanti aku akan pastikan impian yang satu ni tercapai. masalah aku paling utama, aku tak punya kenderaan bahkan lesen sekalipun. masa dan wang tak mengizinkan saat ini. InsyaAllah habis semestar kedua nanti aku akan ambil. dan satu masalah utama di Skudai, payah sikit kalau takde kenderaan, nak pergi ke satu tempat yang lain jauh tak seperti di utm kl. jadinya masa aku banyak dihabiskan di dalam bilik, boleh dikira dengan jari berapa kali aku keluar untuk satu semestar yang lepas itupun paling dekat cuma jusco -_-

tapi aku masih mahu meneruskan cita cita aku, aku masuk Kelab Kaunseling dan Kerjaya yang kebanyakannya ramai senior disitu. dan dikelab ini aku rasakan ada tapak untuk aku membantu orang lain, kebanyakan program juga lebih kepada motivasi, ada juga program untuk pelajar pelajar sekolah. Kalau bantuan besar tidak mampu aku berikan cukuplah dengan bantuan kecil seperti ini.

yang kedua, aku suka menulis. Ada jugak aku tulis cerpen dan paling banyak puisi. ya aku tahu masih banyak lagi kekurangan dalam penulisan aku. aku cuma tulis dari apa yang aku rasa dalam hati. aku juga buat back up plan untuk jadi penulis disamping menjadi pensyarah dan bisnes yang akan aku usahakan bila habis belajar nanti.

dan bila aku fikir fikir balik , menjadi sukarelawan , menjadi penulis itu bukan cita cita yang aku akan cakap 'satu hari nanti aku akan jadi.' tapi menjadi sukarelawan dan penulis itu jiwa. semua itu perlukan jiwa untuk melakukannya dan bukan tunggu 'satu hari nanti' untuk direalisasikan bahkan dari sekarang pun boleh dilakukan. ahhh cuma aku perlu usaha lebih sikit. kemon yana buang sikit perangai malas tu *kata kat diri sendiri*

InsyaAllah.













POWERED BY DYANA KASEHAROM