Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 18:05 0 COMMENTS


tak banyak memori masa kecil yang aku ingat,

tapi yang paling aku ingat dan takkan lupa adalah beberapa kejadian yang meninggalkan parut pada aku HAHAH well said kan, luka parut tu lah yang akan mengingatkan kita pada sesuatu kejadian.

Aku tak ingat umur berapa tapi masa tu rumah tengah renovate so banyaklah batu bata, serpihan-serpihan syiling whatsoever yang bersepah depan rumah. masa tu yelah kan kecik lagi, tahu nak huha main je kerjanya petang-petang dengan jiran-jiran satu taman. ada sekali tu tengah main-main tiba-tiba zasss syiling rumah ni kena kepala aku, rupa-rupanya jiran aku ni sapatah nama dia aku tak ingat main baling-baling benda tu sekali kena ke aku. memang cis sangat masa tu, berdarah kepala aku. lepastu mak dah kelam kabut dah tapi aku taknak pergi klinik sebab nanti kena jahit hahaha so sampai sekarang parut tu ada lagi kat kepala aku.

dan yang ni memang aku takkan lupa, jatuh patah tangan masa main dekat playground. sebenarnya aku taktau salah siapa. nak dijadikan cerita masa dekat playground tu ada lah dua orang budak ni main buaian, yes dorang naik satu buaian tu dua orang, lepastu hayun laju gila sampai keatas. engkorang boleh bayangkan tak cemana ? haa dan aku pun taktahulah kenapa aku bangang sangat pergi lalu depan tu sebab nak melintas kot, zuppppp langgar aku dan aku pun terjatuh dan tangan aku terpusing.

masa tu dah cuak dah nak nangis pun tak terkeluar, pastu ada pakcik tu datang kat aku dengan kakak dia kata ni patah ni, pergi bawak balik. so kakak aku pun dengan sepantas kilasnya bawak aku naik basikal balik rumah. masa tu pulak abah tak balik kerja lagi, so jiran tolong hantarkan pergi klinik. dah dekat klinik tu pulak dorang dah sah kan tangan aku patah, aku terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. amboi sangatkan cerita aku ni dah macam drama tv kahkahkah

sampai kat hospital kl abah dah datang dah sebab abah kerja kat kl, so aku pun kenalah duduk dalam wad, kena puasa apa semua sebelum hari operation sebab tangan aku kena masuk besi, teruk kot. entah aku pun taktahu. sebulan lebih gak tangan aku kena simen. abahlah yang rajin jaga, kalau gatal dia tolong garukan. padahal bukan rasa pun abah garu sebab dia garu simen hahah

sampai sekarang tangan ni still lagi rasa sakit dia, tak kuat sangat. angkat benda berat sikit dah bengkak. paling sadis bila main badminton tak kuat nak smash beriya. waktu sekolah menengah main wakil sekolah okay lagi, tapi sejak dekat plkn ada karnival sukan, aku wakil kompeni aku main badminton, habis tu tangan bengkak gila sampai aku dapat pengecualian aktiviti fizikal takpayah join wirajaya yang kena masuk hutan tu, fuhhh selamat sebab aku memang malas pun nak masuk hutan harhar lagipun kena bawak beg berat~

hemmm kalau tangan ni tak patah mesti aku dah sebaris dengan lee chong wei u.u hem hem *perasan gila boleh dah kalau nak lempang ni* hahahaha

tapi sembang pasal 'kalau' , gajah pun boleh terbang 'kalau' dia ada sayap. perkataan 'kalau' ni seolah-olah macam kita tak redha dengan takdir yang dah tertulis. deep betul aku ni kata kat diri sendiri herher

apapun yang jadi, aku tahu mesti ada hikmahnya. okay jugak tangan tak kuat nanti boifren ke bakal suami ke boleh tolong bawakkan beg atau angkatkan pape hehehehe












POWERED BY DYANA KASEHAROM