Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 01:41 0 COMMENTS

bila tengok ramai kenalan yang dah pun melangkah ke fasa yang lebih baik lagi lagi kenalan yang paling rapat dengan aku, yang dulu sama kepala buat segala benda. aku rasa terpaling kerdil diri ini. aku rasa macam nak sorok diri dari pandangan semua. biar tiada siapa yang mencari. ahhh jahillnya aku. bila giliran aku pula ? aku sedar tapi kenapa aku tak punya kekuatan seperti mereka mereka ? ahhhh teruknya aku. tapi sampai bila ? sampai bila aku nak tunggu ? kalau esok Tuhan tarik nyawa aku, apa yang aku nak persembahkan dekat depan Dia nanti? amal yang tak seberapa ni ?

saat ini saat paling serabut yang menyesakkan dada aku. rasa yang bersimpang siur yang buat aku rasa diri paling teruk. paling aku rasa nak duduk sorang sorang jauh dari semua manusia yang aku kenal dan bila aku dah betul betul berubah baru aku kuat untuk tunjukkan semula diri aku. ya diri yang hina dina penuh dosa. sampaikan kadang kadang aku rasa paling benci dengan diri aku sendiri. tapi aku tahu Tuhan tak penah kejam sebab tu Dia hadirkan kesedaran dalam hati aku. cumanya sekarang aku tak mahu berubah hanya kerana aku ingin menjadi seperti orang lain, aku cuma mahu jadi diri aku walaupun hakikatnya kadang kadang kita kena paksa diri kita dan lama lama ikhlas tu datang dengan sendirinya. ya aku tahu itu, tapi biar pelan-pelan, biar aku rasakan ikhlas itu mengalir tenang dalam jiwa aku.


"Orang kata, some things are better left unsaid. Hidup adalah syurga apabila kita hargai sekecil kecil benda yang neraka asalnya. Kuat manalah pun besi, diketuk tiap hari, tetap bengkok tetap lekuk. Apatah lagi manusia jahil tinggal masa tunggu roboh. Manusia perlu ruang untuk rasa bila diri bukan lagi yang semalam. Ruang, bukan peluang."-gadisjahat-




doakan aku mampu , cukup , itu sudah mencukupi .












POWERED BY DYANA KASEHAROM