Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 09:41 0 COMMENTS

ahh baca tajuk saja orang dah agak macam , hek eleh macam bajet je entry kali ni, macam kau dah besar sangat gamaknya. tak kesahlah engko nak kata apa yang penting umor aku tahun ni dah pun menginjak ke usia duploh dah set mak mak ni dah engko tahu ? kawan kawan aku pun ramai dah kawen dah ada anak sorang, tapi aku ? masih rasa awet muda gitewwww haaa *gelak kat diri sendiri* ke takde orang nak ? wahaha rilek muda lagi kihkih -_-

aku nak buat entry cemni dengan tajuk yang acah acah kakak sangat ni uolls pun pikir 267  kali layak ke tak aku nak bagi pandangan. tapi memandangkan aku sendiri ada adik yang lepasan spm *ohh jangan terfikir nak masuk line k harhar* dan aku terbaca tentang seorang junior yang bertanyakan mengenai halatuju selepas ini, maksudnya alam universiti or whatsoever. amboihhh macam karangan bm pulak dah ayat aku ni. nak tunggu layak hemmm sukatilah memasing ada persepsi sendiri, kalau engko nak baca, bacalah. kalau taknak tu kau punya pasal lah, takde pun dikenakan sabit kesalahan memana. kihkih okay back to the main point.

mesti korang yang lepasan spm ni tertanya-tanya,' apa aku nak ambik lepasni ?',' nak masuk u ke matrik ? ','diploma ke asasi ke degree ?' atau senang cerita tunggu orang masuk meminang jela . ok itu pun kalau ada. tahap gelisah dia tu toksah cakap lah, yes i feel you bro. aku pun pernah melalui fasa tu, fasa yang mana tetiap malam dok pikiaq nak belajar ke kawen. kakaka aku tipu je, jadahnya nak fikir pasal kawen -_-

time tu engko akan melalui fasa berperang dengan diri sendiri, sebab nak pastikan betul betul apa yang kau minat supaya senang nak pilih course apa masa isi upu nanti. macam aku, aku bukanlah pemikir yang hebat *hah apebenda ni ?* okay maksud aku, aku jenis tak suka serabutkan otak aku, bila aku memang tak minat benda tu aku dah malaih nak belajar lagi. sila maklum yang ni aku amik contoh diri aku, diri onglaen tu aku taktahu lah, tu diorang punya pasal. dulu masa sekolah memang aku nak amik bidang engineering, gila gila minat tu tapi sampai tang nak isi upu, otak aku macam terstack sekejap sebab aku fikir, aku ni dahlah tak minat fizik, kimi, addmath dapat B time spm tu pun dah cukup bernasib baik sedangkan engineering memang akan belajar benda benda tu.

saat tu aku dah mula macam kecelaruan identiti. aku taktahu nak amik course apa, ikut hati nak je amik sastera, senang cerita hahaha tapi......ahhh banyak tapinya pula. so aku pun ikut kata hati lagi satu untuk amik sains komputer. aku pun mula mula cam taktau apekebendalah course ni, boleh bawak ke nanti ? macam macam persoalan lah yang bermain kat kepala aku tapi tu belakang punya cerita, mana ada benda senang dalam dunia ni, nak senang kau duduk rumah jela goyang kaki tapi tu pun sebenarnya susah sebab kau kena sediakan mental dan fizikal menjawab pertanyaan makcik makcik sebelah rumah yang bertanya kenapa kau tak sambung belajar , kenapa kau tak itu ini. hahhh kan susah jugak tu.

antara yang kau boleh pilih salah satunya program matrikulasi, ada yang setahun dan ada yang dua tahun. matrik ni jalan mudah untuk terus ke degree, maksudnya habis belajar satu tahun tu lepastu kau terus sambung degree 4 tahun. tapi sebenarnya taklah nak berapa mudah sangat ye dak? ah itu aku taktahu sangat sila tanya kepada mereka yang pernah belajar di matrik hihi tapi pada aku, yang nak masuk matrik ni ada dua je, satu dia nak perbaiki keputusan spm dia, means nak dapat lagi baguslah supaya senang dapat u yang bagus time degree nanti. yang kedua, dia memang bijak dan boleh score kat matrik and ada peluang cerah untuk dapat 4 rata. yang tu memang berpotensi besar dapat u yang bagus. lain daripada tu takdapek lah den nak menolong. sebabnya kalau kau memain time kat matrik, result pun macam hape dan bila kau dapat u yang tak seberapa kau jangan tanya kenapa k.

next, program asasi. ni lebih kurang jugak dengan matrik. cuma asasi ni bila kau buat asasi kat u tu, so kau mempunyai peluang yang cerah untuk sambung degree dekat u yang sama. tapi sesetengah u dia tengok jugak pointer kau, kalau tak lepas, tak dapatlah. Banyak program asasi yang kau boleh pilih, contohnya dekat UIA, UM, UiTM Puncak Alam dan lain lain. sila refer kepada senarai universiti yang ada ye.

next, program ijazah luar negara. yang ni kau kena tengoklah kat website MARA atau JPA. aku pun tak reti sangat nak kabor. result pun tak layak nak mohon harhar kalau kau ada peluang sambung belajar kat obersea ni deknon, kau pergi je. timba pengalaman baru, tengok dunia luar macam mana baru kita tahu erti sebenar hidup ni aicewah entahler aku taktahu sangat nak story pasal obersea ni, aku belajar kat Johor ni pun dah rasa jauh yang amat, naik kapal terbang pun tak pernah apalagi nak pergi obersea kihkih aku ni cuma biasa-biasa je tapi aku taknaklah engkorang jadi biasa sama macam aku, jadi luar biasa ok? inshaAllah suatu hari nanti mana tahu aku dapat sambung master kat obersea kan ? hihi doa-doakan lah ye :)

okay last, diploma. aku tau sebut diploma je. orang akan senyum sinis. macam dalam fikiran korang tu 'ahh diploma je kot.' 'aku nak degree.' 'diploma lambat habis lah apalah.' banyak lagi lah malas aku nak taip kat sini. ya, aku penah melalui fasa ini, memegang gelaran sebagai pelajar diploma selama setahun cukup untuk aku dengar bermacam kata kata untuk aku. 'kenapa amik diploma?' 'lah diploma je?' 'kenapa tak masuk matrik?' 'ohh diploma kat mana?*sambil senyum sinis*' tapi semua tu mak aku lah yang kena jawab. berderai jugak hati aku walaupun yang kena tanya tu mak aku sebabnya orang tanya tu pasal aku. cisss ikutkan hati nak je aku cakap,'ikut suka aku lah nak belajar mana pun, ada makcik tolong bayarkan yuran saya?' tapi you know me well kan, ada aku nak heran dengan apa orang kata? biarlah mulut orang bukan boleh kita nak tutup.

diploma bukan benda paling teruk pun kalau kau pilih. best apa. worth it lah kalau kau pilih sebab kau akan dapat lebih banyak ilmu dan pengalaman. ini berdasarkan apa yang aku baca dari pengalaman orang dan pandangan orang. dekat diploma pun kau still boleh dapat biasiswa JPA, paling minimum result spm kau kena 7A. tapi untuk masa masa akan datang kalau berubah tu aku taktahulah, saingan makin banyak sekarang ni. kau kena lah pandai pandai fight untuk diri kau. belajar dekat mana mana pun sama je yang penting niat kau tu betul. lagi satu kau tanya dulu diri kau tu apa yang kau minat, kalau kau memang tak minat belajar yang teori, kau amik yang praktikal contoh macam kulinari ke, designer ke, pelancongan ke, perhotelan ke. jangan sebab kau nak nampak gah dekat mata jiran sekampung kau pun amiklah course yang nampak gah lepastu bila tak boleh bawak kau meranap diri sendiri, membazir duit mak bapak kena repeat paper yang failed.

ohh dan ye, ini cuma pandangan aku saja. aku pun tak banyak sangat pengalaman. bila baca balik apa yang aku tulis rasa macam teramat poyonya diri aku, rasa nak padam balik semua ni tapi sia-sia pulak aku taip pepanjang gini herrr aku pernah jugak bercita-cita nak jadi kaunselor hihihi k aku tahu diri aku sendiri pun pernah jatuh beberapa kali tapi tak semestinya orang yang pernah jatuh, rasa tak guna tak boleh bagi sesuatu pada orang lain kan ? ._. kalau ada pape pertanyaan atau kemusykilan boleh lah tanya di kotak pink sebelah kiri di ask.fm tu ye. memandangkan aku tengah cuti sem dan takde apa apa nak dibuat,ada baiknya juga aku bukak kaunter pertanyaan kekeke tak dapat bantu banyak, bantu sikit pun jadilah ye dak?

dan akhir kata. memang orang kata, perempuan belajar tinggi mana pun last last nanti duduk gak kat dapur masak untuk anak anak, untuk laki engko. ye memanglah kena memasak nak bagi famili makan kang tak pepasal laki kau lari ke perempuan lain tak ke naya ? tapi tahap pendidikan dan kerjaya tu lah yang membezakan kau duduk kat dapur cemana. dapur yang kecik ke besar? renung-renungkan dan selamat beramal \o/















POWERED BY DYANA KASEHAROM