was posted at 01:56
0 COMMENTS
Assalamualaikum semua :)
harap-harap anda sihat selalu . hee nampak apa-apa perubahan tak pada blog ni ? hihi ala template memang la , yana memang selalu tukar-tukar sebab busan tengok benda yang sama . #eh boleh pulak macamtu kan . haha ala ada la benda lain , yana dah tambah followers widget tu haaa . sebab ada sesetengah yang tak boleh nak add guna butang follow atas tu kan ? sikit je kan followers yana ? ekeke ni blog baru memang la baru sikit , eh korang yang tak follow yana lagi tu jum la follow ! hihi satu lagi yana nak mintak maaf dekat korang yang ada mesej dekat chatbox , yang komen dekat post ataupun yang tag and ajak yana join segmen or contest apa-apa . sory sangat kalau yana lambat reply , tapi yang ada singgah dekat cbox tu yana dah follow semua tau ! :) hihi baikkan yana ^^ muahh sikit haha cuma yang invite yana join contest semua ni , yana tak dapat lagi nak reply komen korang .
actually , yana memang busy sangat-sangat . naik lenguh dah badan ni . kenapa busy ? haih sekarang ni yana tengah join program usr-jkm which is jawatankuasa kolej mahasiswa untuk program di kelantan pada 13-18 nov ni . so kitorang tengah buat preparation semua la untuk jadi fasilitator dekat adik-adik disana . now , tiap petang dan malam ada latihan untuk persembahan . yana masuk dikir barat tau ! haha cehh poyo je . memandangkan duit kitorang tak cukup lagi , tunggu syarikat-syarikat bagi feedback untuk sponsor pun lambat sangat , so mulai esok sampai sabtu kitorang kena kelua carik dana la . tak kira la buat kerja apa-apa pun asalkan target sehari dapat RM 250 setiap kumpulan tercapai . see busy gila kan ? ni pun curik2 online kejap time malam , padahal esok 6.30 pagi nak kena gerak dah . habis program 18 nov tu , 19 terus naik sem 2 . sedih gilaaa kot :'( ada dekat rumah kejap je T.T tapi takpa lah , bukan selalu yana join program macamni , lagipun yana suka . hehe melalui program ni lah yana boleh berbakti dekat masyarakat lagi-lagi masyarakat luar bandar macam dekat jeli dan tumpat tu . ada jugak member-member yana yang kata , weh duduk rumah lagi bestlahh . ye memang la best , tapi pengalaman tu lagi penting . duduk dekat rumah bila-bila pun boleh . apa guna kita hidup ni kalau kita tak dapat nak buat something yang berguna untuk orang lain . hidup ini bukan sekadar untuk makan , tidur , belajar , berseronok banyak lagi benda lainn yang kita boleh buat . kita kena nikmati hidup ni , kita kena pandai hargai setiap masa yang ada . bila join program macamni nanti , barulah mata kita terbukak luas , barulah kita dapat tengok kehidupan orang lain . baru kita tahu bumi Allah ini sangat luas lagi untuk kita carik pengalaman dan ambil iktibar dari setiap apa yang kita lihat . Bila join program ni jugak , kita boleh kenal dengan orang lain , boleh bertukar pendapat . masa mula-mula join , yana sorang-sorang je . takde kawan pun sebab coursemat e yana semua taknak join , mereka semua tak berminat takpelah . yana pun buat tegar join je walaupun takde kawan . kena la pikir positif , nanti adala kawan kan ? hehe and now , ada je kawan walaupun pelajar tahun satu cuma ada 4 orang je , yana , ijat , azlin and nazira yang lain semua senior2 . haha takpelah tu semua pengalaman kan ? ehh panjang dah yana membebel ni , got to go , dah lewat sangat , yana kena bangun pagi esok :3 malasnyaaaaa haha okay bye u'olls , and again yana mintak maaf kayyy :)