was posted at 13:28
0 COMMENTS
Assalamualaikum :)
Harini nak share pengalaman masa pergi kem PLKN dulu . yes ! dah hampir 7 bulan bulan berlalu aku baru nak share ?? kahkah dulu takde masa lah . ceit , kemain takde masanya . haha actually aku ingat semua gambar waktu PLKN ni dah hilang time format laptop lama haritu , sekali godek-godek laptop akak aku terjumpa folder PLKN . woah ! excited gila aku terus copy masuk laptop aku . kekeke Pengalaman di PLKN adalah pengalaman yang amat bermakna bagi yang reti menghargainyalah . PLKN was not bad you know ? Aku admitlah yang aku memang nak pergi PLKN . haha waktu Form5 dulu , masa nak check dapat ke tak . aku macam kewllls je . hekhek kalau dapat okay tak dapat pun okay . sekali check-check dapat . ahaha okay jugak dari duduk rumah tak buat apa . mak aku pun macam tak bagi je nak kerja . so better dapat PLKN kan ? haha better bagi aku la . Bebudak lain aku tengok mengeluh-ngeluh bila tahu dapat PLKN . kenapa nak mengeluh ?? bukan semua orang berpeluang dapat pergi . so think positif jela pergi untuk learn something new :) cehhh haha aku dapat kem takla jauh mana , Kem PLKN Nilam Ehsan , Bidor , Perak . dalam hutan tahu ? haha nak masuk kemain jauhnyaa . habis kotor kereta ayah aku . hihi elehhh masuk 2 kali je pun . kem aku agak baru lah so tempat dia still cantik dan elok lagi plus berbukit bukau sikit kat padang permainan dia and tempat rempuh halangan semua tu lah . cantik ! so nak share dengan korang pengalaman aku masa dekat kem . lets cekidaut ! entry kali ini mungkin lebih panjang dari biasa . ehehe layan jelah okay ? :D
:: padang permainan , belakang yang tinggi tu flying fox .
abaikan si baju biru tu haha ::
:: rempuh halangan . Diana as a model . haha ::
Bagi aku , awesome gila kot dapat pergi kem ni. haha memang ada yang pahit normallah tu kan ? tapi yang manisnya pun banyak jugak :D dapat ahli-ahli dorm yang kewllsss . tak kelua bilik pun takpe . siyes ! haha dorm aku dah perfect dah , menang dorm tercantik lagi yopp ! haha *muka riak* penat kitorang bersengkang mata untuk menghias dorm kitorang . before ni takada pun pertandingan dorm ni tapi bila komandan tengok semua dorm macam cantik-cantik so dia pun buatlah pertandingan tersebut :3 yang bestnya kitorang tak keluakan sesen pun duit . haha mana dapat barang-barang ? pepandailah carik ngehngehngeh jum tengok dorm aku . haha
so cantik tak dorm aku ? hihi maaflah banyak sangat gambar nak share ni . yang rumah tu aku punya idea :p haha eh nak share gambar lagi ni . boleh tak ? boleh lah ea ? *buat muka comel kelip-kelip mata* kekeke ahhh tak kira nak upload lagi gambar . biarlah haku punya blog suka aku la :p kidding ! so ini gambar-gambar aktiviti yang ada . best weh ! enjoy habis walaupun penat . hee biasalah penat tu .
:: In this picture , Shuk , Lynn and me ::
Gambar ni waktu kelas integrasi , ni kelas hujung-hujung dah nak habis kem dah . setiap pagi ada kelas , sampai lah modul-modul yang jurulatih kena ajar tu habis . modul-modul tu ada la dalam 4-5 modul aku lupa dah . hee contohnya , modul integrasi ni lah .
:: presentation oleh group aku . hihi time ni best sebab
kelas ni majo budak dorm aku :D ::
:: kena gather amik kekuatan dulu sebelum masuk kelas . Busan . haha ::
:: abaikan wajah ini XD ::
Next , gambar bersama ahli dorm , jurulatih-jurulatih dan kompeni aku . kompeni ni macam rumah sukan la . aku kompeni Charlie , warna kuning :D kompeni lain Alpha-merah , Bravo-biru , Delta-hijau .
:: Charlie yeah ! teka yang mana aku ? hihi ::
:: cikgu koya je . haha ::
next , gambar jenjalan dan sebagainya . haha busan sudah ? just see the pictures okayy ?? hihi
:: aku , lynn and beberapa lagi buat backdrop untuk
majlis penutup/persembahan , cantik tak ? hikhik ::
:: di sebalik tabir haha ::
:: muka sedih , kena balik semula kem lepas cuti raya cina :( ::
:: yarh i iz sad . hihi ::
:: cikgu ila , diana tidur . haha ::
:: last day . wehuuu i'm coming home ! :D
masing-masing tengah tunggu parents datang ambil ::
jyeah ! gonna miss all the moments at Kem PLKN Nilam Ehsan . banyak lagi gambar tapi tak mampu nak upload dah . haha nanti entry ni jadi panjang berjela-jele-jela . Huda , Mash , Siti , Syuk , Faz , Farah , Lynn , Amy , Diana , Bella , Jannah , Manjit , Sharon , Evonne , Yin San , Naru , Nadiyah , Yin Foong , Bi Qi , See Qi , Pui Fong , gonna miss you all :) Untuk adik-adik yang dapat PLKN tu jangan bersedih okay ? Enjoy je . ahaha ambil semua yang ada di kem nanti sebagai pengajaran dan juga pengalaman . tak semua orang berpeluang merasai pengalaman itu . masa tu la kita dapat kawan baru , rasa suasana baru , masa tulah nak tunjukkan bakat . hihi selagi kita diberi peluang untuk hidup ni , buat lah sesuatu yang something new or different dari apa yang pernah kita lalui hari-hari . tak rugi pun malah kita beruntung sangat ! :) setakat ini dulu . babai :)
p/s : Lynn , Syuk , seriusly aku rindu korang :'(
Diana , amy and jannah . aku pinjam gambar tau ! hihi