was posted at 17:46
4 COMMENTS
Setiap daripada kita mesti ada cita-cita dan impian kan ? Dari kecik lagi bila time dekat sekolah rendah .Mesti cikgu tanya ,"awak faiz besar nanti nak jadi apa?"
"jadi polis , cikgu !" amboih semangat jawab .
"Ha awak pulak diyana ?"
Macam-macamlah jawapan yang akan kita dengar , ada yang nak jadi cikgu lah , bomba lah , askar lah ,doktor lah . Alahai zaman muda mudi yang tak perlu fikir apa-apa , apalah yang kita tahu kan ?
Bila kita tengok cikgu baik , ajar anak murid , layan anak murid . Kita pun nak jadi cikgu .
Bila tengok polis segak bergaya , bawak kereta polis , tangkap pencuri . Kita pun nak jadi polis jugak ahaha .
Zaman yang indah penuh dengan kenangan , bila direnung kembali rasa bahagia menyelinap ke seluruh hati . kay ayat puitis gila -,-
Teringat dulu balik-balik sekolah agama sampai rumah , terus campak beg , tukar baju then lari lari keluar rumah sebab nak main dengan kawan kawan .
Kalau hari sabtu ahad lagilah , dari pagi sampai kepetangnya main tak sudah dengan jiran sebelah rumah . Main masak masak , main cikgu cikgu . Dan ye , jiran aku tu lelaki . Bila main masak masak aku jadi emak dan dia pula jadi ayah . Dan anak anaknya adalah adik adik kami . HAHA okay sekarang dia pun dah besar , dah jarang jumpa dia . see terlalu indah kan semua tu untuk dikenang ?
Kalau bebudak lain jawab nak jadi cikgu , polis ke apa ke . aku pulak tak , aku jawab nak jadi pereka fesyen . wiwiwi engkorang percaya ? kahkah aku tipu je , aku pun tak ingat aku jawab apa dulu . tapi yang pastinya bukan cikgu , polis atau doktor . sebabnyaaa entahlah -,- tak minat mungkin . tapi yang pereka fesyen tu aku tak tipu lah , waktu aku darjah 5 or 6 camtu aku pernah lah jugak terfikir nak jadi pereka fesyen . hahahaha harapanlah yana , menjahit pun tak reti hiksss
Masuk sekolah menengah , dah boleh fikir jauh sikit . dah matanglah katanya . HAHA aku masih terfikir-fikir nak jadi apalah besar nanti . hm hm atau tunggu saja pinangan Putera Raja ? sekali lagi aku berangan . untunglah kalau ada putera raja yang nak kan aku . HAHA masalahnya macam mustahilkan ? memang ! memang mustahil . kejadah aku nak berangan cenggitu . aku pun mula pasang cita cita nak jadi pakar forensiklah , pilotlah , pensyarahlah dan sebagainya . Tapi aku fikir semula , dok pasang cita cita kalau result tak membanggakan susah jugak . so akhirnya aku decide untuk belajar betul betul walaupun time tu ada jugaklah diselitkan dengan kisah cinta monyet , kisah budak budak nak meningkat remaja . Tapi akhirnya berjaya jugak dlm PMR dan dapat offer ke SBP . rasa macam ," woooooo betul ke ni aku dapat sekolah asrama penuh ?? dah lah belajar main main . boleh ke survive dekat sana . cuak ohhhh ."ala ala macam tu lah luahan hati aku . aku pun masuk jelah ke SHAH Pekan dgn aliran sains teknikal . Ye , aku tak pernah pun terfikir nak ambil biologi atau terfikir nak jadi doktor . tak pernah rasanya . sebenarnya aku ni hati lembut , aku tak boleh lah tengok orang yang sakit sakit ni . yang eksiden ke yang kena bedah ke . nanti aku nangis huahua . tengok darah pun boleh rasa sebak , bukan takut okay . hikss plus aku memang minat gila subjek Lukisan Kejuruteraan gara gara pengaruh kakak aku HAHA
dan start dari situ lah aku berkobar-kobar nak jadi engineer . tak kisah lah engineer apa pun , civil ke , mechanical ke , electrical ke . janji engineer . tapi aku tak minat betullah subjek addmath , fizik dan kimia . boleh je nak belajar , okay je tapi tak minat . dan aku dah decide dalam otak aku aku taknak dah belajar benda tu habih spm nanti . so maknanya aku tak boleh amik engineering lah kan ? huahua bijak betul aku ni . time tu mula lah terfikir kenapalah dulu tak ambik sastera je kan senang . wiwiwi habis spm tibalah saat untuk decide mahu ke matrik atau diploma saja . first sekali result matrik keluar , aku dapat matrik yang aku nak Kolej Matrikulasi Teknikal Johor . wooo melompat keriangan aku ! tapi bukan ke aku kata taknak belaja benda tu semua . herher so aku tunggu result upu pulak . aku dah setmind kalau dapat UTM aku pilih UTM , kalau tak aku pergi matrik . hihi sebabnya aku memang nak UTM je . aku taknak masuk u lain . haha bapak racist nya aku . and aku tak kisah pun kalau diploma je . yelah majoriti nak masuk matrik sebab cepat degree katanya . ahhh tu dorang punya pasallah . aku memang takkan buat benda yang aku tak suka . kalau aku paksakan jugak , aku akan hidup dalam keterpaksaan dan aku akan jadi malas dan tak semangat . haa ambik kau detail aku bagi . dan akhirnya result upu keluar , dannnnnnnnnnnn aku dapat UTM yang aku letak first choice masa isi borang upu dengan course Sains Computer !! wehuuu gembira tak terkata . Alhamdulillah . mesti korang tertanya kan kenapa sains komputer ? aku pun taktahu . masa nak isi borang dulu , aku tak letak lansung course engineering yang pernah suatu ketika jadi cita cita aku . aku rasa macam tak yakin dengan diri aku . Aku tahu , kita memang kena yakin pada diri sendiri .
p/s:first day at UTM , muka nerd habis
Hidup ni kena ada target . ada orang yang letak target tinggi tinggi . ada yang letak rendah dan ada yang sederhana . dan aku pula aku letak target yang sesuai dengan kemampuan aku .Entah kenapa Allah gerakkan hati aku untuk letak course sains komputer dekat UTM KL ni first sekali dekat borang upu . Sewaktu aku menjejakkan kaki dekat bumi UTM , aku masih tertanya tanya apa sebenarnya yang Allah aturkan untuk aku . Aku hanya mampu fikir positif dan betulkan semula niat , aku nak belajar kerana Allah , bukan nak cepat degree or whatsoever . Tak kisahlah belajar dekat mana pun , tetap sama je . And bila dah belajar dekat UTM , aku rasa macam awesome gila . and course yang aku belajar ni pun not bad lah . belajar depan komputer , kalau bosan dengar lecturer ajar boleh bukak fb , twitter ke segala apa . hikhik okay perangai yang ni jangan ikut . duduk dekaat kolej yang aku rasa cukup je semua benda , bilik yang selesa siap ada toilet lagi dekat dalam tapi kena share dgn bilik sebelah . nak keluar mana mana klcc ke wangsawalk ke ambik teksi terus sampai . aku berhibur, berhibur jugak tapi takdelah sampai mengabaikan pelajaran . ramai yang kata masuk u cepat terpengaruh lah apalah . tu depends dekat diri kita sendiri lah kan , dah besar boleh fikir sendiri mana baik mana buruk . pepandailah pilih kawan and pepandailah kawal diri kita . pejam celik pejam celik tuptup dah habis pun dua sem dekat UTM KL . dan masa sem 1 , aku dapat tahu dari lecturer dan senior yang course aku ni boleh buat fast track , maknanya kalau sem 1 dan sem 2 , dapat pointer 3.5 keatas , kami boleh terus sambung degree ke UTM Skudai . wiwiwiwi UTM Skudai tu memang impian aku .
dan dari situ jugaklah aku tersedar , inilah hikmah disebalik setiap yang Allah aturkan . see , kalau kita bersabar , Allah akan permudahkan segala urusan dan jalan untuk kita . tapi kita kena jugak berusaha sedaya upaya . takkan kejayaan tu datang bergolek tanpa perlu bersusah payah . Berbekalkan result aku yang agak cemerlang , aiceh puji diri sendiri nampak . hikss sori lah , kalau ada yang kata aku ni berlagak or whatsoever , aku cuma nak kongsikan apa yang berlaku dalam hidup aku . okay okay back to the point , Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan ni . tak terkata aku , indahnya jalan yang dah Allah tetapkan . Insya Allah dengan izinNya , bulan 9 nanti dapatlah aku menyambung degree di UTM Skudai dalam course Software Engineering . engineer jugak kan ? satu je niat aku bila dah sampai sana , aku nak belajar sungguh-sungguh , dan aku akan hadiahkan segulung ijazah untuk mak dan abah . aku nak jadi orang yang berbakti untuk agama , bangsa dan negara . tak semestinya berbakti kena berperang angkat senjata kan ? aku berperang guna cara aku sendiri . Dan kalau ada rezeki aku nak ambil ijazah dalam bidang psikologi . kenapa ? sebab aku nak tolong masyarakat dekat sekeliling aku *means kawasan rumah aku*dan juga orang orang yang trrdekat dengan aku , aku nak minda dorang terbuka . aku nak tolong orang yang ada masalah . yang takde arah tuju hidup ni .Hidup aku banyak sangat drama . ada drama sedih , drama gembira . dan semua drama yang berlaku dalam hidup aku tu lah yang mematangkan aku hingga aku mampu berdiri sendiri dimana tempat aku berdiri sekarang . Sedikit demi sedikit , aku cuba berubah kearah yang lebih baik . memang indah rasanya , bila kita tempatkan hanya Allah dihati kita . Aku lepaskan segala yang pernah berlaku dulu , aku lepaskan juga orang orang yang pernah hadir dalam hidup aku yang mengecewakan aku dulu dengan seikhlas-ikhlasnya . dan aku temui ketenangan . Semoga kepergian aku ke Skudai , mampu menjadikan aku insan yang lebih baik . Insha Allah . Doakan aku kerana sesungguhnya doa kalian amat bermakna sekali buatku . dan aku amat bersyukur saat aku ingin berubah , sahabat sahabat aku sentiasa ada disisi memberikan kata semangat .
Ya aku amat menyayangi mereka . Semoga ukhuwah ini kekal hingga kesyurga . Aminn .
p/s: moral of the story , selalulah bersangka baik dengan Allah . Yakinlah yang Allah pasti akan memberikan jalan yang indah diakhirnya untuk kita . Aku sekadar berkongsi rasa . Baca dan fahami andai kau benar benar mengerti .