Diyana Kaseharom
Hanya perempuan biasa









was posted at 02:19 0 COMMENTS

Ya Rabb , berikan aku kekuatan dalam meneruskan hidup ini .
Aku tahu Kau pinjamkan kesedihan buat aku hanya untuk seketika .
Mungkin Kau mahu melihat sejauh mana aku mampu memikul semua ini , 
sejauh mana aku mengingatiMu , sekuat mana imanku . 
Tunjukkan aku hikmah yang tersembunyi .
Berikanlah aku kebahagiaan selepas kedukaan .


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi Ya Allah,
Sekiranya Engkau telah takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharakanlah diriku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah agar aku bisa bahagia,
Walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang Tercinta,
Gantilah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku,
Pasrahkan aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik buatku kerana,
Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.
Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian di dunia mahupun di akhirat.
Jangan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurnialah aku seorang pasangan yang beriman suatu hari nanti.
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin ya Rabbal Alamin.


Bukan semua kebahagiaan itu datang dengan mudah . Adakalanya kita perlu melalui keperitan terlebih dahulu sebelum kita dapat menggapai bahagia :')











POWERED BY DYANA KASEHAROM